saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/09/2014

Lisa Surihani yang 'gila'

WATAK wanita psaiko agak menganggu diri Lisa.

LEBIH sebulan menjalani penggambaran filem terbaharu terbitan KRU Studios, Dendam Orang Mati aktres jelita Lisa Surihani mengakui dirinya sedikit terganggu dek terbawa-bawa karakter Lena yang dilakonkannya.

Pertama kali memberanikan diri untuk menerima tawaran berlakon dalam sebuah filem bergenrekan seram dan ngeri, Lisa mengakui dia banyak berkorban masa semata-mata mahu menjayakan watak Lena yang digalasnya.

Menyedari dia amat takut untuk menonton, apatah lagi berlakon dalam filem sedemikian rupa, isteri kepada Yusry Abd. Halim itu pada mulanya menolak apabila ditawarkan untuk membintangi karya arahan Jason Chong itu.

Namun, disebabkan beberapa faktor termasuk kata-kata nasihat yang mendorongnya agar keluar daripada kepompong lakonan kebiasaannya, Lisa tekad beranikan diri menyahut cabaran tersebut dan akhirnya watak Lena berada dalam tangannya.

Pun begitu, sebelum bersetuju menggalas watak berkenaan, Lisa meletakkan syarat buat pihak produksi agar satu bengkel lakonan diadakan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal sebelum penggambaran bermula.

Ekoran itu, selaku produksi yang bertanggungjawab, KRU Studios bersetuju mengadakan bengkel tersebut, khas untuk pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Lagenda Budak Setan itu.

Menurut Lisa, dramatis popular yang terkenal dengan lakonan bersahaja, Fauziah Nawi dipertanggungjawabkan untuk membimbing dan meyakinkan dirinya agar tidak ada masalah yang timbul sepanjang penggambaran yang berlangsung pada 2012 itu.

“Setelah berterus terang dengan ibu Fauziah mengenai kegusaran saya berlakon dalam filem genre sebegini, dia berusaha memberi kata-kata positif selain mencabar saya keluar dari zon selesa yang dilakonkan sebelum ini.

“Alhamdulillah, memasuki minggu kedua bengkel berkenaan, keyakinan diri saya mula meningkat dan sudah ada keberanian untuk memulakan penggambaran Dendam Orang Mati.

“Bahkan, ibu Fauziah sanggup turun padang ke set penggambaran di Kuang, Selangor menemani saya serta pada masa yang sama, memberi kekuatan ekstra buat saya," jelasnya ketika bertandang ke Studio Utusan bagi menjayakan sesi fotografi bersama Hits yang diadakan minggu lalu.

Tambah Lisa, ketika memulakan penggambaran, dia sentiasa berpegang kepada kata-kata guru lakonan tersebut iaitu tugas sebagai pelakon adalah untuk berlakon sahaja.

“Maksudnya, kerja pelakon adalah di set penggambaran, bukannya di dunia realiti. Setkan minda agar tidak terbawa-bawa watak tersebut dalam menjalani rutin kehidupan seharian dan ulanginya setiap hari," ujarnya berkongsi petua.

Bukan itu sahaja, Lisa menambah bahawa Jason selaku pengarah bijak mengawal para pelakonnya agar tidak melebih-lebih dalam menghidupkan sesebuah watak, cukup sekadar memenuhi kehendak optimum lakon layar yang disediakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.