saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/09/2014

Azwan, Aisyah tepis kontroversi

BUKAN mudah untuk menempa nama dalam industri hiburan tambahan pula semuanya memerlukan pengorbanan yang besar. Paling tidak perjuangan untuk menjadi anak seni yang dihormati masih berjalan meskipun perlu melalui ranjau dan onak duri yang tidak bertepi.

Bagi Azwan Kombos dan Aisyah Aziz sudah pasti yang mereka kecapi hari ini merupakan sebuah perjalanan yang baru sahaja bermula. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan perlu diharungi untuk membina masa depan yang baik.

Pun begitu saat mereka mula melangkah pastinya turut terkait dengan cerita-cerita kurang enak. Jika Azwan baru sahaja melupakan kisah cinta tidak kesampaian dengan aktres Nad Zainal, Aisyah pula sering kali dikaitkan dengan kisah abangnya, Aliff Aziz yang dikatakan bermasalah.

Meski kurang senang tatkala orang masih membangkitkan cerita lama, Azwan dan Aisyah yakin itu harga yang harus dibayar oleh anak seni seperti mereka.

"Saya tidak pernah kisah jika orang masih bertanyakan hal yang sama berulang kali. Walaupun hal percintaan menjadi perhatian saya tak ada masalah untuk menjawab apa-apa sahaja soalan daripada masyarakat.

"Walaupun hal putus cinta bukan perkara elok untuk dikenang setidak-tidaknya itu mematangkan perjalanan hidup saya. Masih banyak hal lain yang perlu dipelajari dan saya akan mengharunginya," jawab lelaki yang berusia 29 tahun ini lagi.

Ketika ditanya soal hati dan perasaan, Azwan tidak dapat membendung gelora di dalam dada. Mengakui insiden putus cinta sebelum ini meninggalkan 'parut' di hati namun dia tidak menghadapi apa-apa tekanan.

Fokusnya kini terarah kepada bidang lakonan yang semakin sebati tetapi pada masa yang sama dia masih lagi mengharapkan berjumpa dengan wanita baik budi pekerti yang akan bergelar isteri.

Bercerita mengenai calon isteri pula, Azwan masih belum lagi berjumpa dengan wanita yang mampu mengisi kekosongan hatinya. Tidak menolak untuk menikahi wanita berstatus janda, dia hanya berserah kepada jodoh.

"Dalam soal jodoh saya tidak mengharapkan apa-apa lagi. Kalau berjumpa dengan wanita yang baik budi pekerti dan tahu asas agama sudah cukup untuk memperisterikan dia.

"Dalam usia begini saya reda dengan jodoh saya nanti. Untungnya keluarga tidak lagi bertanya tentang perkara itu dan mereka tidak mendesak saya untuk bernikah cepat.

"Tapi buat masa ini biarlah saya memberikan fokus kepada lakonan dulu tambahan pula banyak produk-produk baru akan ditayangkan tidak lama lagi," jelas Azwan tanpa berselindung.

Terbaru filem lakonan Azwan yang berjudul Nasi Tangas (Nasi Kangkang) baru sahaja ditayangkan di pawagam 18 September lalu bersama pelakon Adiba Yunus. Selain itu Azwan juga bakal membintangi drama Bila Hati Berbicara tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.