saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/10/2014

Watak kameo beri impak

SAIF Ali Khan kini menjadi penerbit filem dan hanya muncul dalam filem terbitannya, atas permintaan pengarah.

WATAK kameo bernama Yogi yang merupakan seorang bintang rock dalam filem Happy Ending arahan bersama Raj Nidimoru dan Krishna D.K., dikatakan mampu memberi impak tersendiri terhadap filem terbitan syarikat produksi miliki pelakon senior sensasi, Saif Ali Khan itu.

Didukung sendiri oleh suami kepada Kareena Kapoor itu, Raj dalam satu temu bual dengan sebuah portal berkata, asalnya watak tersebut digalas oleh pelakon lain tetapi selepas beberapa perbincangan, Saif adalah individu paling sesuai memandangkan karakter jiwanya yang meminati irama rock.

Katanya, pemilihan Saif bukanlah disebabkan dia merupakan penerbit filem berkenaan, malah ketika keputusan dibuat, pelakon itu tidak terbabit langsung, cuma mengambil berat mengenai perjalanan produksi sahaja.

“Sebagai seorang penerbit, Saif hanya mengambil tahu hal-hal penerbitan dan penggambaran agar semuanya berjalan lancar tanpa masalah.

“Bab pemilihan pelakon, dia hanya terlibat dalam menentukan barisan utama sahaja. Perkara-perkara kecil termasuk pelakon ekstra diberikan kepercayaan kepada saya dan pembantu lain," katanya menceritakan sedikit perkembangan filem dibintangi oleh Ileana D’Cruz, Govinda, Ranvir Shorey dan Kalki Koechlin itu.

Menurut Raj, adegan yang melibatkan Saif bakal meninggalkan kesan besar buat filem itu memandangkan dia begitu komited menjayakannya, apatah lagi dia berkemahiran bermain gitar.

“Tidak sekali pun kami menggunakan pelakon ganti untuk merakamkan adegan bermain muzik. Semuanya dilakukan sendiri oleh Saif yang sememangnya berbakat memetik gitar dengan gayanya yang tersendiri.

“Dijangka, adegannya bermain muzik akan memjadi buah mulut penonton mengenai kehebatannya. Barangkali Saif akan mendapat tawaran sebagai pemain gitar selepas ini," katanya berseloroh.

Tidak mahu berpolitik

Sementara itu, Saif dalam memberikan maklum balasnya berkata, dia tidak terfikir untuk membintangi filem terbitannya sendiri kerana gemar untuk memberi peluang kepada orang lain.

Bagaimanapun, selepas Raj dan Krishna berkeras mahukannya terbabit sama sebagai pelakon atas beberapa alasan yang diterima pakai, barulah Saif bersetuju untuk berlakon dalam filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Selain Saif, Kareena turut dijemput sebagai kameo bersama seorang lagi bintang iaitu Preity Zinta.

Di samping itu, Saif yang pernah dikaitkan bakal terjun dalam dunia politik India memberitahu bahawa khabar angin itu tidak berasas, malah menganggap politik adalah ‘permainan’ yang tidak terlintas untuk disertainya.

“Saya agak lucu mendengar gosip itu kerana seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada ‘bermain’ politik. Ia sesuatu permainan yang membahayakan saya.

“Biarlah saya cuba menceburi bidang lain asalkan bukan politik," katanya dalam komen ringkas kepada media ketika menghadiri majlis hari raya Aidiladha bersama pasukan kriket tempatan di New Delhi, India baru-baru ini.

Pada masa yang sama, menurut aktor kacak itu, dia sekarang sudah jatuh cinta di lapangan sasar apabila mula meminati sukan menembak terutama yang melibatkan penggunaan rifel.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.