saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/10/2014

Chacha temui cinta baharu

Adegan telefilem Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya.

KHABARNYA gadis ini menjadi rebutan ramai jejaka, malah tidak dinafikan juga ada yang berani menyatakan cinta melalui laman sosial untuk Chacha Maembong. Menjelaskan keadaan tersebut kata Chacha salah seorang itu hanya sepupunya mungkin, ada yang melihat ayat-ayat yang digunakan sepupunya itu seperti menggambarkan mereka sebenarnya dalam hubungan walhal langsung tidak.

Mengakui dirinya kini sedang mengenali seseorang, namun menjelaskan bahawa belum masanya untuk dia membawa temannya itu mengenali ayahnya. Balas Chacha buat masa ini dia lebih selesa untuk memberi ruang buat hubungannya dahulu.

“Ya memang benar, sekarang ini saya sedang berkenalan dengan seseorang, baru dua bulan berkenalan dan hubungan ini masih lagi sangat baru.

“Saya tidak mahu terlalu bercerita tentang ini hal ini kerana apa-apa sahaja boleh terjadi. Memang selalunya saya akan membawa teman saya bertemu ayah tetapi dalam hal ini perkenalan kami masih lagi terlalu baru, jadi kenalah tunggu dahulu," katanya.

Kalau ada yang masih ingin Chacha sebelum ini turut dikaitkan dengan seorang peserta Akademi Fantasia 2014, Ikhwal Hafiz. Memberitahu pihak Hits bahawa dia tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan Ikhwal, namun Chacha tetap berharap kejayaan buat Ikhwal dalam pertandingan tersebut.

“Kami memang tidak ada apa-apa, tetapi saya harapkan dia memperoleh kejayaan dalam AF.

“Saya percaya dia memang seorang yang berbakat," katanya.

Dalam pada itu, kata Chacha orang ramai sibuk memberi perhatian kepada percintaan kakaknya pelakon Emma Maembong dan pengacara Zizan Razak tetapi orang lain pula yang bakal berkahwin dulu.

Jelas Chacha buat masa ini ahli keluarganya agak sibuk menguruskan majlis perkahwinan Yaya Maembong yang juga kakak kepada Chacha dan Emma kerana Yaya bakal melangsungkan perkahwinannya dengan pelakon Wan Raja pada bulan hadapan.

“Memang kami adik-beradik agak sibuk buat masa ini memandangkan kakak saya Yaya bakal berkahwin pada bulan November ini.

“Bila majlis Emma saya tidak tahu, tetapi katanya tahun hadapan. Tidak akan ada majlis perkahwinan serentak antara dia dan Yaya," katanya ketawa.

Turut menjayakan Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya arahan pengarah Mamat Khalid, jelas Chacha ini memang merupakan kerjasama kali pertama mereka. Mengakui seronok, jelas Chacha juga ada keistimewaan mengenai karya terbaru Mamat Khalid ini.

“Memang saya sudah lama kenal abang Mamat, tetapi baru ini saya dapat berlakon di bawah arahnya. Memang tidak dinafikan seronok bekerja dengan abang Mamat memandangkan dia sangat kelakar.

“Di dalam drama Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya saya memegang watak Nur Ain seorang gadis kampung. Kalau ikutkan drama ini memang terkenal dengan loghat Perak , tetapi saya memang sudah mencuba yang terbaik," katanya.

Telefilem Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya mengisahkan mengenai rombongan Cik Kiah lakonan Delimawati yang ingin menghantar salah seorang penduduk kampungnya untuk menunaikan ibadah haji. Dalam memastikan misi mereka berjaya ada pelbagai peristiwa yang berlaku langsung mencorakkan Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya. Bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif, filem televisyen ini bakal bersiaran pada 23 Oktober depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.