saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/10/2014

Madeena buah hati Mizz Nina

Mizz Nina bersama ibu bapa, Tunku Arishah Tunku Maamor dan Tan Sri Azman Hashim yang turut hadir memberi sokongan untuk pembukaan butiknya.

DAHULU, penyanyi ini pernah melancarkan label pakaiannya yang tersendiri di bawah jenama Mizz Demeanor, namun disebabkan perubahan imejnya yang kini berhijab, ia terpaksa dihentikan.

Dalam perkembangan terbaharu Mizz Nina yang pernah menjadi vokalis kumpulan Teh Tarik Crew itu, dia yang kini berimej muslimah tampil dengan label baharu yang dinamakan Madeena, sesuai dengan penampilan yang dibawanya.

Hampir dua tahun membuat segala perancangan dengan rapi dan teliti, akhirnya dua minggu lalu menjadi titik mula buat isteri kepada Noh Salleh yang juga vokalis kumpulan Hujan itu apabila Madeena dilancarkan buat peminat koleksi busana muslimah.

Melirik senyuman penuh bangga, Nina, 35, bukan sahaja tampil dengan jenama pakaiannya sendiri, bahkan lebih membanggakan apabila wanita itu turut menceburi bidang perniagaan makanan setelah membuka premis berkonsepkan kafeteria.

Pada majlis pelancaran butik Madeena yang diadakan baru-baru ini, Nina memberitahu bahawa impian untuk menjalankan kedua-dua jenis perniagaan yang diminatinya telah terlaksana dan berdoa agar dipermudahkan segalanya.

“Alhamdulillah, Allah makbulkan permintaan dan impian saya pada hari ini dengan pelancaran butik ini. Diharap cita-cita saya untuk terus maju dalam perniagaan yang diceburi dipermudahkan.

“Lagipun, selepas saya perlahan-lahan meninggalkan dunia hiburan, bidang bisneslah yang membuatkan rutin harian saya tidak kekosongan. Kalau tidak, saya akan cepat rasa bosan kerana sudah biasa sibuk," katanya yang anggun mengenakan jubah hitam yang tampak ranggi.

Bisnes fokus utama

Berbicara lanjut mengenai dunia perniagaan yang bukan asing dalam dirinya, Nina yakin bahawa kedua-dua bisnes yang dibangunkannya mampu untuk berdaya saing jika aturan strategi disusun dengan baik.

“Ini adalah langkah saya paling serius untuk membina empayar sendiri. Sebelum ini saya pernah juga berniaga tapi sekadar mencuba tetapi kali ini semangatnya teramatlah lain. Saya begitu berkobar-kobar untuk memastikan dua perniagaan ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam, tetapi boleh pergi lebih jauh sejauh yang mungkin.

“Dunia hiburan telah saya tinggalkan tetapi tetap untuk berpaut dengan pentas seni apabila saya berminat untuk menghasilkan bait-bait puisi. Bagaimanapun, berbeza dengan Noh, puisi yang saya hasilkan bukan terarah kepada penghasilan lirik-lirik lagu kerana corak pemikirannya agak berlainan.

“Tapi tidak salah jika secara perlahan-lahan saya belajar untuk mencuba bidang penulisan lirik kerana asasnya sudah ada, cuma untuk memperkasakan serta memahirkan aspek-aspek tertentu," katanya sambil memberitahu rasa cintanya terhadap seni muzik tidak pernah malap.

Tambah Nina, dia lebih selesa untuk menghabiskan masanya di butik tersebut, bertemu empat mata dengan para pelanggannya serta mencari peluang membina rangkaian yang lebih baik bagi memperkukuhkan jenamanya.

Pada masa yang sama, Nina menambah bahawa aura seni yang mengalir dalam dirinya tidak semakin suram dek pengundurannya daripada dunia hiburan, bahkan lebih bercambah kerana menyifatkan fesyen sebagai salah satu cabang seni yang terbuka luas untuk diterokai.

“Saya sukakan cabaran. Seni muzik telah pun saya tempuhi dan cukup untuk saya mengetahui selok beloknya. Kini tiba pula masanya untuk beralih ke cabang seni yang lain seperti seni rekaan fesyen serta seni pembuatan makanan. Sesungguhnya ia mempunyai nilai estetika yang tersendiri untuk dihargai," katanya di penghujung bicara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:33
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.