saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/10/2014

Kenapa Faizal Tahir kurus?

KELIBATNYA semakin jarang dilihat sejak kebelakangan ini, mungkin sudah jemu berada di atas pentas nyanyian. Pernah menyuarakan hasrat untuk berehat seketika, namun sebenarnya bukan bermakna dia tidak mahu beraksi di atas pentas lagi.

Siapa lagi kalau bukan penyanyi yang mempunyai persembahan yang hebat dan alunan suara yang cukup padu, Faizal Tahir.

Ketiadaannya di hadapan kamera kerana dia semakin sibuk dengan kerja-kerja di belakang tabir.

Ujar pelantun Mahakarya Cinta ini, dia tidak dapat melenyapkan perasaan rindu terhadap dunia nyanyian dan menyedari ramai peminatnya mahukan karya terbaharu daripadanya.

Pengalaman hampir sedekad dalam dunia seni banyak mengajar dia menjadi penyanyi berkaliber dalam mengharungi liku-liku bergelar seorang yang mempunyai iltizam tinggi dan disanjungi.

Namun jelas Faizal, dia masih mencari suatu karya yang berbeza daripada apa yang pernah dia persembahkan sebelum ini. Dia gusar peminat akan mulai bosan dan jemu dengan produk yang sama.

“Saya masih minat menyanyi kerana seni memang jiwa saya. Saya tak mahu kata bahawa saya sudah tidak aktif lagi sebab macam-macam perkara akan berlaku pada masa akan datang.

“Saya masih mencari karya yang lain dari lain. Saya tidak mahu bersikap sambil lewa dalam menghasilkan satu karya yang bagus untuk peminat mendengar dan menghayati lagu tersebut. Saya tak mahu bersandarkan kepada satu genre sahaja," ujarnya.

Faithful Music, cinta baharu Faizal

Berselindung di balik tirai tabir membuka haluannya kepada sebuah syarikat rakaman miliknya dan menggunakan jenama Faitful Music yang dibuka sejak awal tahun lalu.

Hasilnya, dia kini sudah mempunyai tiga artis di bawah labelnya iaitu Hanie Soraya, Elizabeth Tan dan seorang penyanyi kelahiran Brunei, Aziz Harun.

Kesibukannya itu jelas terpancar pada susuk tubuhnya yang semakin kurus berbanding di awal kemunculannya dahulu.

“Masa kini banyak dalam studio untuk mencari bahan baharu buat artis saya. Saya lebih senang buat begitu kerana itu cara saya untuk mencari ilham buat lagu.

“Ramai yang tegur kenapa saya semakin kurus. Tapi saya kurus bukan sebab sakit, cuma saya tidak cukup tidur. Sejak ada syarikat sendiri, masa saya tak menentu," tuturnya.

Selain itu juga, gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan anak juga menjadi faktor mengapa dia kini semakin kurus.

“Anak-anak saya sangat aktif dan boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka jika bawa ke pusat membeli-belah.

“Memang seronok layan telatah mereka semua sebab jadual saya padat di studio, jadi kalau ada kelapangan waktu, anak-anak dan isteri lah tempat saya menghabiskan masa," kata bapa kepada lima orang anak ini.

Jelas Faizal, dia tidak akan sama sekali mensia-siakan waktu senggangnya kerana tidak mudah menjadi dirinya yang sudah berkeluarga di samping menguruskan syarikat rakamannya itu.

Biarpun dia hanya tidur empat jam setiap hari, Faizal tidak mengeluh kerana inilah yang dia mahukan dalam membina masa depan yang lebih kukuh. Justeru itu dia sentiasa positif dan bersemangat demi mengembangkan sayapnya.

“Alhamdulillah saya gembira dengan apa yang saya lakukan kini. Walaupun makan dan tidur pun tidak menentu, saya tetap berikan sepenuh perhatian kepada apa yang idamkan selama ini.

“Buat masa ini biarlah saya fokus pada artis saya kemudian barulah saya fikirkan untuk mengeluarkan single terbaharu nanti. Apa yang pasti bukanlah pada waktu terdekat ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.