saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/10/2014

Tidak salahkan media

PENGARAH Mamat Khalid tidak sedar yang antaranya dengan Usop Wilcha wujud perselisihan faham.

KISAH pergaduhan mereka ini pada mulanya dilaporkan melalui ruangan pojok sebuah akhbar. Selepas beberapa hari berlarutan memang benar ada kisah di sebalik hubungan pengarah filem Mamat Khalid dan Usop Wilcha. Bagaimanapun dalam hal ini nampaknya Mamat sendiri memang agak terkejut dengan perkhabaran tersebut memandangkan dia sendiri mengetahui hal ini selepas beberapa hari.

Tidak mahu menyalahkan media dalam hal ini, balas Mamat jika benar Usop Wilcha menyimpan amarah kepadanya seharusnya perkara itu tidak disampaikan melalui media tetapi kepada dirinya terus.

“Saya tidak salahkan media dalam hal ini, memang kalau kita bercerita dengan media seharusnya perkara itu ditulis.

“Tetapi dalam hal ini jangan gunakan orang tengah, jika benar ada yang dia tidak berpuas hati katakan terus kepada saya," katanya.

Tidak menafikan perkara ini disampaikan orang luar kepada dirinya, kata Mamat dia sendiri tidak mengetahui wujud persengketaan ini memandangkan semuanya nampak baik sahaja. Walaupun mengakui ada membetulkan skrip milik Usop Wilcha dalam filem Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM), yang menjadi punca perbalahan ini kata Mamat sepatutnya itu menjadi perkara normal dalam pekerjaannya.

“Memang saya tahu kisah ini melalui orang luar, itupun bila ada yang menghantar keratan akhbar kepada saya. Kalau ikutkan tentunya saya terkejut, sebab saya tidak tahu pun ada sengketa antara kami.

“Kalau ada yang mengatakan perubahan skrip sebagai punca rasanya itu bukan perkara baru dalam kerja saya, malah skrip saya sendiri pun diolah saya ketika berada di set. Semuanya bergantung kepada kesesuaian," katanya.

Enggan meneruskan persengketaan itu, kata Mamat sebagai seorang rakan dia menghalalkan apa yang dikatakan pelakon itu terhadap dirinya. Walaupun buntu mencari sebab mengapa kisah ini boleh timbul namun dia percaya perkara ini tidak akan memberi kesan kepada karier dan dirinya.

“Saya halalkan apa sahaja dakwaan dia terhadap saya, sebab saya tidak mahu panjangkan hal ini lagi.

“Tetapi apa yang boleh saya katakan hal ini tidak menjejaskan saya pun, jadi tidak perlu diperbesarkan lagi hal ini," katanya.

Sementara itu bercakap mengenai karya terbarunya Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya yang akan di siarkan menerusi Astro First Exclusive bermula pada 23 Oktober ini, kata Mamat walaupun Rombongan Cik Kiah itu sudah menjadi jenama dia tetap merasakan ini adalah yang terakhir.

“Selepas Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel, saya mengambil masa 16 tahun untuk Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya. Memang ini adalah yang terakhir.

“Antara cabaran utama yang saya hadapi untuk merealisasikan drama ini adalah soal relevan. Maksudnya di sini dalam masa 16 tahun itu pelbagai perkara sudah berubah, sebab itu saya kaitkan beberapa kejadian dengan kisah dalam drama ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.