saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/10/2014

Du’a tumpang populariti?

Muhammad Ajwad Amaluddin (kanan) dan Muhammad Asadullah Amaluddin .

TIDAK sukar bagi kumpulan Du’a yang dianggotai oleh Muhammad Asadullah, 22, dan Muhammad Ajwad, 20, untuk mencari tapak dalam bidang seni tanah air berbanding kumpulan lain.

Dua beradik itu beruntung kerana populariti Ustaz Amal atau Amaluddin Mohd. Napiah yang popular dengan lagu Salamun‘Alaik, iaitu bapa mereka, sekali gus memberi ruang kepada duo Du’a untuk menyelusuri bidang seni tanah air.

Malah mereka tidak berkecil hati apabila ada yang berkata kumpulan Du’a menumpang tuah si bapa untuk mengorak langkah dalam bidang seni kerana sesungguhnya sejak kecil mereka telah didedahkan dengan muzik.

“Kami tidak kisah kalau ada yang kata kami tumpang populariti Ustaz Amal, pepatah ada berkata, ke mana tumpah kalau tidak ke nasi . Lagipn selama ini kami sering mengikut bapa mengadakan persembahan.

“Sedikit sebanyak ilmu yang ada pada bapa diperturunkan kepada kami dan kami mengadaptasinya mengikut situasi semasa dan minat kami,'' kata Asad yang merupakan penuntut tahun tiga jurusan Perancangan Bandar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kata-kata anak sulung daripada empat beradik itu terbukti benar kerana lagu ciptaan Ajwad berjudul Sahaja Aku Mencintaimu kini mendapat sambutan hangat di laman YouTube sejak dimuatnaik dua tahun lalu dan lebih 150,000 orang telah menonton video tersebut dan lagu itu juga dijadikan single pertama untuk album mereka, Wilayah Impi.

Tambah Asad, dulu mereka dikenali dengan nama kumpulan Tilmiz yang banyak mendendangkan lagu-lagu doa harian dan kini mereka lebih selesa menggunakan nama Du’a kerana ia membawa maksud doa dan tasbih serta seiring dengan usia mereka.

“Kami mula merakam album ketika saya berusia 11 tahun dan Ajwad pula ketika itu darjah tiga. Ketika itu kami menyertai kumpulan Tilmiz yang dianggotai oleh tiga lelaki dan tiga perempuan," jelasnya tentang pembabitan mereka dalam bidang rakaman suara.

Dalam pada itu Ajwad yang merupakan pelajar bidang Komunikasi Massa tahun pertama di universiti yang sama dengan abangnya berkata, mereka adalah duo nasyid adik-beradik yang pertama di tanah air dan mula bergerak sejak 2012.

Jelas Ajwad, dia bukan sahaja menulis lirik untuk lagu dendangan kumpulan Du’a, malah dia juga menghasilkan buku motivasi berjudul Sahaja Aku Mencintai-Mu dan novel, Kembara Mencari Tuhan.

“Memang lirik untuk lagu Sahaja Aku Mencintaimu, ciptaan saya. Untuk lagu itu kami turut menampilkan Ustaz Amal sebagai penyanyi.

“Kebanyakan lagu yang saya cipta berdasarkan idea spontan. Walaupun lagu-lagu kami ini berentak pop kontemporari namun masih mengekalkan elemen nasyid dan di waktu yang sama turut menyelitkan unsur-unsur dakwah dengan gaya mudah.

“Contohnya lagu Jatuh Bebas, kami tujukan khas untuk penduduk Gaza kerana penderitaan mereka memberi keinsafan kepada kita yang hidup dalam aman damai ini ," katanya tetang album Wilayah Impi yang dilancarkan sejak September lalu yang memuatkan 10 buah lagu termasuk dua lagu dendangan Ustaz Amal.

Tegasnya setiap lagu yang dicipta mempunyai jalan cerita tersendiri dan sesuai untuk pendengaran semua peringkat usia kerana kata mereka dalam berdakwah, tidak ada batasan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.