saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/10/2014

Enggan bersikap tamak

DILAHIRKAN sebagai pasangan kembar, personaliti yang kini berkhidmat di stesen Astro Arena, Akbar Shaari, 39, mengakui dia amat gemar berhujah, malah kepetahannya berkata-kata mula dikesan sejak zaman kanak-kanaknya.

Maka tidak hairanlah, Akbar yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu bergelar antara salah seorang pengacara berkaliber terutama dalam bidang pengacaraan sukan.

Memulakan langkahnya dalam bidang tersebut di rangkaian televisyen milik Media Prima suatu ketika dahulu dan dikenali menerusi program Scoreboard, Akbar terus berkobar untuk mengorak perjalanan seninya dengan lebih maju apabila menjadi salah satu teraju utama bagi saluran sukan tunggal milik Astro itu.

Selepas empat tahun mengendalikan pelbagai program di Astro Arena, Akbar semakin selesa berada di tempatnya, namun masih ada rencananya yang tersendiri bagi memuaskan kehendaknya sebagai seorang pengacara.

Dalam pertemuan bersama Hits yang diatur di sebuah premis jualan motosikal berkuasa besar, FS Trading Sdn. Bhd., Ampang baru-baru ini, Akbar hadir bersama tiga rakan konvoinya bagi menjayakan sesi fotografi, selain berkongsi minatnya terhadap sukan permotoran.

Menunggang kenderaan beroda dua jenama Harley Davidson, Akbar berkata bahawa cita-citanya dalam bidang pengacaraan masih belum dilunaskan selagi dia belum mempunyai rancangan bual bicara yang dikendalikan bersama kembarnya, Aktar Shaari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.