saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/10/2014

Cinta atau sahabat

ANTARA babak menarik dalam Mengapa Ku Disiksa membabitkan Zul Huzaimy dan Linda Rafar.

TANYALAH kepada setiap penggiat seni kalangan orang muda hari ini, pasti salah satu antara mimpi mereka adalah untuk menjadi seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Seorang seniman yang serba boleh, bijaksana dalam karya dan jujur dalam penceritaannya, demikian arwah di kenang oleh generasi hari ini. Hakikatnya ia bukan satu tugas yang mudah, justeru Seniman Agung itu tiada tandingannya. Dalam usaha untuk menghidupkan kembali zaman kegemilangan P. Ramlee agar terus dicontohi generasi hari ini dan hari depan, pelbagai acara dianjurkan. Anugerah Tribute P. Ramlee anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., satu antaranya.

Memikul tanggungjawab yang memang tidak mudah untuk digalas, Zul Huzaimy antara pengarah yang diberi kepercayaan dan terlibat dalam pengarahan telefilem tribute untuk P. Ramlee bagi musim kali ke-dua ini.

Meminati P. Ramlee kerana orangnya yang versatil dalam karya, Zul telah menghabiskan masa selama enam bulan untuk membuat penyelidikan tentang P. Ramlee sebelum mengarahkan telefilem Mengapa Ku Diseksa.

“Untuk mengarah cerita berinspirasikan P. Ramlee memang memerlukan kita untuk berhati-hati. Banyak sudut yang perlu diambil kira. Saya sedar penonton akan membuat perbandingan antara naskhah asal dengan drama berkonsep moden yang baru ini.

“Bukan mudah untuk saya jalankan kajian dan penelitian menyeluruh supaya tiada sebarang perkara penting tentang beliau, terlepas pandang. Harapan saya memang besar untuk telemovie yang diterajui oleh saya sendiri bersama Linda Rafar dan Zul Handy Black," katanya.

Bercerita mengenai telemovie itu, ia mengisahkan persahabatan antara Budi (Zul Huzaimy) dan Indah (Linda Rafar) yang sama-sama meminati muzik.

Konflik berlaku apabila Budi yang sudah berkahwin dengan Indah mengalami kemalangan sehingga membuatkan Budi hilang separuh ingatan dan lumpuh anggota badan dari pinggang ke bawah.

Selepas beberapa bulan, keadaan Budi telah kembali pulih dan dia mampu menggubah lagu dengan dibantu oleh Ikhlas. Namun, kegembiraan Indah telah diluahkan kepada adik Budi, Ikhlas (Zul Handy Black).

Keadaan itu membuatkan Budi cemburu dan situasi semakin tegang sehingga banyak perkara berlaku.

Mengapa Ku Diseksa akan ditayangkan menerusi slot Anugerah Tribute P. Ramlee di RTM1 pada pukul 10 malam, 26 Oktober ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.