saya nak baca ..

IMPAK ALAM


ARKIB : 21/08/2012

Kempen hijau UMW

Sebahagian daripada kakitangan UMW Toyota Motor yang terbabit dalam program penghutanan semula di Gunung Brinchang dekat Cameron Highlands baru-baru ini.

Usaha pemuliharaan alam sekitar semakin menjadi agenda dalam aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) syarikat-syarikat koprorat.

Atas rasa tanggungjawab itu juga, seramai 57 kakitangan dari Kumpulan UMW Toyota Motor bersama pertubuhan Kesedaran Alam Sekitar Serantau Cameron Highlands (REACH) menjalankan program penghutanan semula di Gunung Brinchang, dekat Cameron Highlands, baru-baru ini.

Program yang bermula dengan pendakian gunung itu disertai oleh kakitangan daripada empat anak syarikat Kumpulan UMW Toyota Motor iaitu UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Assembly Services Sdn Bhd (ASSB), Automotive Industries Sdn. Bhd. (AISB) dan Boshoku UMW Toyota Sdn. Bhd. (TBU).

Semua peserta dimuatkan dalam beberapa kenderaan pacuan empat roda selama 30 minit untuk menerusi jalan yang berlopak dan tidak sekata sebelum meneruskan perjalanan bercuram dengan berjalan kaki untuk sampai ke Pusat Bio-D dan tapak perhutanan semula.

Pengurus Alam Sekitar UMW Toyota Motor dan Penyelaras Program Bulan Hijau 2012, Shaniza Sehat berkata, REACH telah dipilih untuk menjadi rakan kongsi program berikutan masalah alam sekitar di Cameron Highlands yang semakin meningkat.

"Kita banyak menjalankan aktiviti hijau untuk beberapa tahun kebelakangan ini yang dilakukan secara berasingan oleh setiap anak syarikat yang terlibat.

"Program sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk memastikan alam sekitar dipelihara menggunakan tenaga kerja yang ada," katanya.

Seorang sukarelawan REACH, Carrol Lawrence berkata, usaha yang dilakukan oleh pihak Toyota ini patut dipuji dan menjadi ikutan agensi lain kerana keprihatinan yang diberikan mampu memulihkan alam sekitar yang musnah akibat pembangunan yang tidak terkawal di kawasan percutian serta pantai.

"Kemusnahan hutan yang berlaku ini adalah hasil perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab yang diberi permit bagi membersihkan dua ekar tanah untuk tujuan pertanian.

"Beranggapan bahawa tiada siapa yang akan menyedarinya, individu berkenaan telah membersihkan 45 ekar kawasan hutan sehingga menyebabkan kerosakan alam sekitar dengan teruk dan memerlukan pemulihan yang berterusan," katanya.

Pada masa sama, keunikan lumut hijau pelbagai warna dan bentuk di atas batang pokok dan ranting turut memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peserta semasa meredah hutan.

Program penghutanan semula Gunung Brinchang merupakan acara kemuncak Bulan Alam Sekitar Toyota 2012,

Bulan Alam Sekitar Toyota disambut di seluruh dunia sepanjang bulan Jun sejak tahun 2004.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dan memupuk hubungan erat di kalangan kakitangan pengeluar kereta.

Pengurus Besar Pembangunan Modal Insan, Rosden Rahmat berkata, kerjasama yang terjalin antara peserta tanpa mengira kedudukan menjadikan program seperti itu lebih bermakna.

"Selain itu terdapat juga program lain telah dijalankan di ibu pejabat di Shah Alam bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mengikuti program dalam hutan.

"Terdapat aktiviti kuiz, pertandingan kitar semula dan kempen No Out Drive setiap minggu untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida (Co2) semasa makan tengah hari," katanya.

Menurut Rosden lagi, bertemakan Learn More! Be a Self-starter diharap tindakan yang lebih proaktif dapat dipupuk di kalangan kakitangan untuk mengurangkan kesan pemanasan global dengan mengurangkan pelepasan Co2.

"Aktiviti-aktiviti seperti pengurangan memandu, penggunaan elektrik dengan bijak dan penanaman pokok-pokok dijadikan sebagai pemangkin untuk mengaktifkan inisiatif dalam kehidupan harian mereka sendiri.

"Ia menyedarkan saya bahawa semua orang boleh memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar mengikut cara masing-masing.

" Usaha secara kolektif tidak harus dipandang rendah kerana jika semua orang melakukan sedikit untuk alam sekitar, ia boleh menjadi ketara secara keseluruhannya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.