saya nak baca ..

IMPAK ALAM


ARKIB : 14/06/2014

Berkayuh bersama alam semula jadi

Kesemua peserta memulakan kayuhan Kejohanan Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 di Dataran Gong Lingai, Batu Rakit, Kuala Terengganu. - Utusan/AZLAN BAHRUM

SERAMAI 710 peserta dari seluruh negara telah menyahut cabaran acara Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 (TLNMTB’14) yang berlangsung pada 24 Mei lalu di Dataran Gong Lingai, Batu Rakit, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Lacara yang julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu bersama Persatuan Kembara Negara dan Kayuh Bike Club dengan sokongan serta kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit dan Majlis Sukan Negara (MSN) Terengganu.

TLMTB’14 ini adalah salah satu acara sukan lasak berkonsepkan sukan pelancongan dan alam semula jadi yang diperkenalkan di daerah Kuala Terengganu.

Objektif acara ini diperkenalkan adalah mempromosikan dan menarik kedatangan penggiat sukan basikal bukit untuk beriadah dan merasai kehebatan trek di kawasan Lingai.

Selain itu, peserta juga boleh menikmati keunikan produk pelancongan yang terdapat di kawasan Batu Rakit termasuk produk alam semula jadi, budaya, warisan serta makanan tradisional melalui kempen ‘Visit My Kampung’ yang dijayakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd. Sabri Zakaria berkata, kayuhan berkonsepkan jambori ini melibatkan cabaran trek sejauh 43 kilometer dan menempuh kira-kira 12 buah kampung keseluruhannya, selain melalui laluan ladang Felcra.

Menurutnya, para peserta juga dapat menyusuri dua buah kampung yang indah dan permai yang pernah menjuarai Pertandingan Kampung Bersih dan Ceria peringkat Negeri Terengganu iaitu di lokasi utama acara, Kampung Gong Lingai dan Kampung Bukit Wan.

"Apa yang pasti, para peserta dihidangkan dengan pelbagai variasi keindahan dan panorama trek Gong Lingai seperti laluan kampung, kebun buah-buahan, ladang getah, ladang sawit, padang ragut, laluan kanopi serta anak Sungai Permai.

"Pada masa yang sama, para peserta juga berpeluang menghayati siulan kicauan burung di kawasan Gong Lingai yang sangat terkenal dengan pelbagai spesies burung terutamanya burung Iora atau dikenali juga sebagai The Common Iora (Aegithina Tiphia). Lebih menarik apabila kawasan itu telah menjadi tempat kajian kepelbagaian spesies burung oleh para pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu," katanya kepada S2.

Di samping itu, acara ini juga dilihat dapat merancakkan lagi industri pelancongan setempat secara maksimum melalui aktiviti promosi dan kehadiran pelancong ke Kuala Terengganu.

"Penganjuran ini dilihat mampu memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat secara menyeluruh,"katanya.

Acara itu juga ujarnya mampu memberi manfaat kepada industri perhotelan serta penginapan persendirian di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Setiu termasuk perkhidmatan homestay yang terdekat.

"Melalui banyak manfaat yang bakal diperolehi oleh pelbagai pihak secara terus ini, ia mampu menjayakan kempen yang lebih utama iaitu Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Pelbagai produk, warisan serta makanan tempatan terkenal di kawasan ini seperti ubi gadong, kuih apam periuk kera, rojak betik, keropok dan satar serta permainan gasing pangkah, wau dan sebagainya dapat dipromosikan kepada pengunjung," tambahnya.

Melalui acara ini juga, beliau berharap agensi-agensi pelancongan dan hotel atau resort dapat menawarkan aktiviti berbasikal bukit dalam pakej pelancongan sukan lasak yang berteraskan produk alam semula jadi di negeri Terengganu.

Selain itu, katanya, acara itu juga bertujuan menjadikan kayuhan basikal sebagai salah satu aktiviti rekreasi sihat dan ceria yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

"Kita dapat melihat hari ini, sukan basikal bukit semakin popular di setiap negeri di Malaysia. Malah hampir setiap minggu acara jambori berbasikal anjuran pelbagai pihak berlangsung. Kami berharap acara ini mampu memberikan kesan yang baik kepada masyarakat di Terengganu khususnya," katanya.

Sementara itu, majlis pelepasan TLNMTB ’14 telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Nawawi Wan Ismail.

Untuk penganjuran yang julung kali ini, TLMTB’14 menawarkan hadiah barangan cabutan bertuah bernilai RM20,000 kepada peserta. Pertandingan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita, Terbuka Veteran Lelaki serta Terbuka Remaja Lelaki.

Dengan setiap penyertaan, setiap peserta memperolehi baju-t acara, sijil, makan-minum, nombor cabutan bertuah serta medal penamat dalam masa yang ditetapkan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.

Acara Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 ini telah mendapat sokongan penajaan daripada MSN Terengganu, Sutera Beach Resort, Ideal Polarized Sunglasses, roti High 5, World of Sport, Moola, Kayuh Bike Shop, Pozi Catering, Sabasun Hypermarket dan Cyclemstream. Penajaan seperti ini pastinya memantapkan lagi aktiviti promosi dan sukan basikal lasak di Negeri Terengganu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.