saya nak baca ..

IMPAK ALAM


ARKIB : 08/09/2014

Tambah baik pengurusan air

Hujan pada waktu petang di beberapa kawasan adalah satu rahmat setelah musim kemarau yang mencecah suhu antara 34 dan 36C membelenggu orang ramai selama beberapa bulan kebelakangan ini.

Sepanjang musim kemarau ini, orang ramai lebih terkesan dengan laporan penurunan paras air empangan seperti yang disiarkan akhbar pada 12 Februari 2014 yang berkemungkinan besar akan memberi impak kepada bekalan air kepada orang ramai.

Dalam menghadapi musim kemarau ini, pemantauan empangan yang berterusan di seluruh negeri di negara ini terutama Selangor yang mempunyai bilangan akaun pengguna paling tinggi adalah amat penting.

Penyampaian maklumat seperti status empangan yang disiarkan akhbar dilihat sangat berguna kepada orang ramai.

Ia perlu untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku agar mereka sentiasa bersiap sedia jika berlaku masalah gangguan air seperti catuan air berjadual semasa musim kemarau ini.

Jika catuan air perlu dijalankan, ia perlu dimaklumkan terlebih dahulu agar tidak menjejaskan operasi institusi-institusi penting seperti hospital, tempat ibadah, pili bomba dan lain-lain.

Maklumat seperti jadual lori tangki air atau tangki statik juga haruslah disebarkan kepada orang ramai.

Biarpun hujan di beberapa tempat, namun keadaan ini dijangka mungkin hanya sementara.

Musim peralihan monsun ini dijangka berlaku sehingga pertengahan Mei lalu, sebelum kemarau panjang menjelma lagi.

Musim peralihan monsun kali ini juga menyaksikan kandungan hujan yang turun kurang daripada biasa.

Ini secara tidak langsung, memberi petanda bahawa musim kemarau akan kembali melanda negara mulai bulan Jun hingga Oktober ini

Realitinya, keadaan kemarau yang berpanjangan ini berlaku adalah disebabkan perubahan iklim global.

Kebanyakan negara lain turut merasai kesan dari situasi ini, bukan hanya di Malaysia.

Singapura antara negara yang agak kritikal.

Cuaca kering yang melanda negara tersebut pada tahun ini adalah yang terburuk sejak tahun 1969.

Pengurusan sumber air alternatif seperti penggunaan air hujan, air bawah tanah dan air sisa terawat harus diketengahkan. Ini dapat mengurangkan pergantungan terhadap sumber air terawat dan sebagai salah satu persediaan menghadapi musim kemarau.

Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui Pusat Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Alam (CERRM) telah lama menjalankan penyelidikan terhadap sumber-sumber air yang dapat menampung masalah bekalan air terutamanya pada musim kemarau.

Penyelidikan berterusan yang dijalankan oleh CERRM untuk menambah baik sistem pengurusan dan rawatan air di negara kita selama beberapa tahun lalu akhirnya telah membawa kepada beberapa penemuan baharu.

Ini termasuk bahan penapis air mesra alam yang dapat menghasilkan kualiti air terbaik bagi sumber yang agak jarang digunakan di negara kita iaitu sumber air dari bawah tanah dan juga air hujan untuk minuman.

Selain itu, sistem terkini bagi pemantauan kualiti air sungai dan air sisa terawat secara atas talian sedang giat di laksanakan dengan kerjasama dari Universiti of Seoul, Korea.

Namun, apa yang lebih penting, pada masa dan ketika ini adalah supaya masyarakat lebih mengetahui kaedah dan sistem perawatan air yang digunakan di negara kita selama ini.

Air merupakan suatu elemen penting dalam kehidupan kita.

Bagi masyarakat moden, kehadiran sistem bekalan air di rumah-rumah adalah suatu perkara yang lumrah dan sesetengah masyarakat tidak begitu prihatin untuk menjaga dan mengambil langkah-langkah penjimatan.

Pendek kata, mereka begitu mewah dengan bekalan air sehinggalah apabila berlakunya krisis bekalan air di Selangor baru-baru ini, sedikit sebanyak telah menimbulkan kesedaran tentang peri pentingnya langkah-langkah penjimatan air.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.