JENAYAH
ARKIB : 06/08/2012
Tiga Geng Rimba ditembak mati

PULAU PINANG 5 Ogos - Tiga penjenayah warga Indonesia dipercayai anggota Geng Rimba mati ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dengan parang di Taman Jesselton berhampiran Taman Perbandaran Pulau Pinang, di sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, ketiga-tiga suspek berusia 30-an cuba memecah masuk sebuah kediaman mewah di situ sebelum kegiatan mereka disedari oleh jiran lalu menghubungi polis.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sekumpulan anggota yang tiba di lokasi kejadian mengarahkan penjenayah itu menyerah diri, tetapi mereka enggan sebaliknya cuba menetak polis.
Katanya, berikutan itu, polis terpaksa melepaskan lebih 10 das tembakan sehingga mengakibatkan ketiga-tiga suspek mati beberapa meter dari lokasi.
"Geng itu dipercayai bergerak aktif kira-kira pukul 3 hingga 6 pagi ketika penghuni tidur dan akan keluar berjalan kaki dari arah bukit sebelum memasuki rumah mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Abdul Rahim berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemui tiga bilah parang dan pemutar skru yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.
"Modus operandi Geng Rimba adalah dengan memecah masuk kediaman mewah yang terletak berhampiran bukit di Daerah Timur Laut.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dalam 18 kes pecah rumah di Jalan Waterfall, Tanjong Tokong, Taman Jesselton dan Jelutong sejak awal tahun ini sehingga Jun dengan nilai kerugian keseluruhan mencecah RM572,000," katanya.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba menyerang anggota polis dan pihaknya masih melancarkan gerakan memburu saki baki anggota kumpulan itu yang dipercayai masih bebas.
Gambar 2 suspek lempar bom dikesan
Pemandu teksi ada rekod jenayah samun penumpang
Kes bogel: Polis buka kertas siasatan
Bom Bukit Bintang: Polis peroleh imej suspek utama
Polis tahan lima individu
Tiada jaminan keselamatan jika kapal masuk perairan Filipina - Polis
Rekrut 'berjihad' satu ancaman
Militan IS: Lagi sogokan melalui agama
Penjual burger cedera ditembak di kaki
Penjenayah mati ditembak
Suspek lelaki ditahan bantu siasatan kes tembak
Bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di surau
Letupan bom tangan: Polis tahan lebih empat individu bantu siasatan
14 termasuk 3 suspek utama ditahan
Petrol, diesel RM1.6j dirampas
Pengawal parah diserang tiga lelaki
4 maut kereta bertembung lori
Motif lelaki ditembak masih disiasat
18,054 individu ditahan dalam Op Cantas Khas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












