JENAYAH
ARKIB : 16/08/2012
Mati disyaki didera

IPOH 15 Ogos - Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai mati akibat didera semalam.
Wanita berusia 33 tahun yang merupakan ibu kandung kanak-kanak itu ditahan polis berhampiran rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada pukul 11.15 pagi.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, suspek ditahan selepas laporan bedah siasat menunjukkan kematian kanak-kanak itu berpunca daripada pendarahan dalaman terutama di kepala.
"Polis mengesyaki mangsa didera berdasarkan laporan bedah siasat yang menunjukkan terdapat kesan kecederaan lama dan baru di tubuhnya.
"Kita telah menahan ibu mangsa untuk diambil keterangan bagi membolehkan siasatan segera dilakukan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Azisman berkata, pihaknya sedang mengesan teman lelaki wanita terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Semalam, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia berhampiran kediamannya di Kampung Tawas dekat sini kira-kira pukul 5.20 petang.
Difahamkan ibu mangsa tidak bekerja manakala bapanya telah meninggal dunia dan hanya mangsa yang berada dalam jagaan ibunya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Gambar 2 suspek lempar bom dikesan
Pemandu teksi ada rekod jenayah samun penumpang
Kes bogel: Polis buka kertas siasatan
Bom Bukit Bintang: Polis peroleh imej suspek utama
Polis tahan lima individu
Tiada jaminan keselamatan jika kapal masuk perairan Filipina - Polis
Rekrut 'berjihad' satu ancaman
Militan IS: Lagi sogokan melalui agama
Penjual burger cedera ditembak di kaki
Penjenayah mati ditembak
Suspek lelaki ditahan bantu siasatan kes tembak
Bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di surau
Letupan bom tangan: Polis tahan lebih empat individu bantu siasatan
14 termasuk 3 suspek utama ditahan
Petrol, diesel RM1.6j dirampas
Pengawal parah diserang tiga lelaki
4 maut kereta bertembung lori
Motif lelaki ditembak masih disiasat
18,054 individu ditahan dalam Op Cantas Khas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












