saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 15/09/2012

Taktik seludup dadah antarabangsa terbongkar

Noor Rashid Ibrahim (kanan) dan Mohd. Faisal Yahya menunjukkan pasir yang menyerap cecair dadah jenis syabu dalam tong plastik pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat kejayaan besar apabila membongkar satu kegiatan penyeludupan dadah antarabangsa didalangi warga Iran yang menggunakan taktik mencampurkan cecair dadah jenis syabu di dalam pasir.

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sebuah kilang perindustrian Puchong dekat sini, Selasa lalu.

Dalam serbuan itu, polis menahan empat suspek lelaki warga Iran berusia 31 hingga 36 tahun dan merampas 13 tong disyaki berisi cecair syabu dan pasir seberat 861 kilogram yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Pengarah JSJN Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, setiap tong berwarna biru yang diletakkan di atas palet kayu mengandungi bungkusan plastik berisi pasir dalam keadaan lembap disyaki diserap cecair dadah.

Katanya, penggunaan taktik menyerap dadah di dalam pasir adalah pertama kali dibongkar PDRM.

"Hasil ujian awal menggunakan alat pengesan dadah mendapati semua bungkusan itu berisi pasir yang positif syabu.

"Polis percaya sindiket menyerapkan cecair syabu ke dalam pasir sebelum diseludup masuk ke dalam negara menerusi kargo udara. Siasatan turut mendapati dadah itu dibawa masuk dari Mexico dan diisytiharkan sebagai pasir.

"Kesemua suspek dikesan masuk beberapa kali ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Asisten Supritendan Mohd. Faisal Yahya.

Noor Rashid memberitahu, modus operandi sindiket tersebut adalah menyewa premis untuk menyimpan tong-tong dadah tersebut sementara menunggu 'pakar' datang mengasingkan dadah dan pasir.

"Polis juga tidak menolak kemungkinan dadah itu untuk diedarkan di pasaran tempatan selain luar negara," katanya.

Belia memberitahu, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 18 September ini di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.