saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 27/09/2012

Perogol bersiri akhirnya diberkas

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Seorang perogol bersiri yang licik memperdayakan mangsa bagi memuaskan nafsu serakahnya di sekitar Lembah Klang sejak dua tahun lalu, akhirnya berjaya diberkas polis awal pagi ini.

Suspek berusia 29 tahun yang menggunakan modus operandi mengiklankan jawatan kosong sebagai jurujual kepada wanita sebelum membuat temu janji dengan mangsa di bilik hotel ditahan ketika tidur di rumahnya di Seksyen 27, Shah Alam pukul 2 pagi ini.

Kebanyakan mangsa yang terdesak untuk mendapatkan kerja kemudiannya dirogol di dalam bilik hotel berkenaan ketika sesi 'temu duga' tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek bukan sahaja merogol mangsa malah turut menyamun barang berharga milik wanita terbabit.

"Suspek mengiklankan jawatan kosong dalam internet menawarkan gaji lumayan untuk menarik minat mangsa berjumpa dengannya konon untuk berbincang skop kerja yang dipohon.

"Bagi mengelak identiti suspek direkod pihak hotel, suspek memberi alasan kepada mangsa dia tidak membawa kad pengenalan atau wang dan meminta mereka mendaftar masuk hotel menggunakan nama mangsa.

"Mangsa yang menunggu di hotel dirogol oleh suspek sebelum dia menyamun barang berharga seperti iPad atau telefon bimbit yang turut dibawa mereka," katanya pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan, gara-gara terpedaya dengan tawaran gaji RM400 sehari, seorang wanita bukan sahaja menjadi mangsa samun seorang lelaki malah diperkosa oleh suspek ketika menghadiri 'temu duga' di sebuah hotel di Taman Segar, Cheras pada 15 September lalu.

Kejadian berlaku pukul 7.03 malam ketika mangsa yang berusia 22 tahun menghadiri temu duga yang diatur oleh suspek dikenali sebagai Faye.

Chin Wah berkata, dengan tertangkapnya suspek polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes rogol dan samun yang berlaku di Lembah Klang.

"Polis percaya banyak lagi wanita yang turut menjadi mangsa lelaki ini tetapi takut untuk membuat laporan.

"Sehubungan itu, kami memohon agar mereka tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan kes ini," katanya lagi.

Menurut Chin Wah, kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan masing-masing atas kesalahan merogol dan melakukan rompakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.