saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 18/11/2012

Penagih dadah kelar anak kandung

KUANTAN 17 Nov. - Seorang bapa bertindak kejam apabila mengelar anak kandungnya sendiri yang berusia 11 bulan selepas khayal mengambil dadah di rumahnya di Felda Panching Selatan di sini malam tadi.

Kejadian menyayat hati itu berlaku pukul 9.30 malam apabila suspek yang berusia 29 tahun bertindak sedemikian sehingga menyebabkan bayi perempuannya, Nur Amirah mati akibat kecederaan serius di leher.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, suspek yang mengusahakan kebun kelapa sawit di tanah rancangan itu didapati mengambil dadah menyebabkan dia berkhayal dan mendakwa ada individu yang mahu mengambil anaknya.

"Suspek mendakwa keadaan itu menyebabkan dia bertindak di luar dugaan dengan mengelar leher anaknya sendiri kononnya kerana terlalu menyayangi anaknya.

"Suspek kemudian memberitahu ibunya berusia 48 tahun yang berada di rumah itu dan wanita itu dibawa ke bilik untuk menunjukkan bayi yang dibunuh," katanya di sini hari ini.

Difahamkan, isteri suspek yang berusia 29 tahun sedang membancuh susu di dapur ketika kejadian. Nur Amirah merupakan anak kedua pasangan terbabit selain abangnya yang berusia 2 tahun.

Mohd. Jasmani berkata, selepas menerima laporan mengenai kejadian itu, polis segera mengesan kereta yang dipandu suspek dan menahannya di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu lima kilometer dari rumah mereka.

Tambah beliau, siasatan lanjut terhadap suspek berjaya menemui sebilah pisau berukuran 15 sentimeter di dalam bilik tempat kejadian yang dipercayai diguna untuk membunuh mangsa.

"Bayi itu disahkan meninggal dunia akibat dikelar dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat," katanya.

Menurut beliau, ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis syabu dan amfetamin.

"Siasatan juga mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah lampau dan polis masih menjalankan siasatan punca sebenar suspek bertindak sedemikian dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, adik suspek yang dikenali sebagai Liza, 26, berkata, abangnya sempat memberitahu kepadanya selepas kejadian itu, dia terdengar bisikan suara mahu membunuh Nur Amirah.

Kira-kira setengah jam sebelum kejadian itu, kata Liza, dua beranak itu sempat bergurau di ruang tamu sebelum abangnya membawa anaknya itu masuk ke dalam bilik.

Menurutnya, tiba-tiba abangnya keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu dengan sikap yang pelik.

"Selepas itu, abang beritahu dia dengar suara ghaib yang berbisik mahu membunuh anaknya dan abang lebih rela bunuh anak sendiri daripada membiarkan orang lain bunuh," katanya ketika ditemui pemberita.

Liza yang ketika itu berada dalam rumah tersebut berkata, abangnya turut menceritakan dia mengangkat Nur Amirah dan memangkunya di atas riba sebelum mengelar mangsa dengan pisau sebelum diletakkan semula atas tilam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.