saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 24/11/2012

Tiga cawangan Al-Ikhsan dirompak dalam tiga minggu

Gambar yang dirakamkan melalui CCTV menunjukkan suspek (kanan) mengugut penjaga kaunter menggunakan baton renjatan elektrik di cawangan Al- Ikhsan di pekan Rawang, semalam.

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Premis pengedar barangan dan pakaian sukan milik bumiputera, Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. (Al-Ikhsan) terus menjadi sasaran penjenayah apabila tiga premisnya di sekitar Lembah Klang dirompak dalam tempoh tiga minggu sepanjang bulan ini.

Jika pada Julai lalu, dua rompakan berlaku dalam tempoh seminggu di Al-Ikhsan cawangan Ampang dan Gombak, kali ini ia melibatkan Al-Ikhsan cawangan Sungai Buloh, Wangsa Maju dan Rawang, masing-masing dirompak pada 5, 16 dan 22 November lalu.

Ternyata kes tersebut membimbangkan pihak pengurusan syarikat itu kerana ia menjadikan lapan buah cawangan Al-Ikhsan telah dirompak dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Ketua Penyelia Al-Ikhsan kawasan Tengah, Shahril Affendi Mohd. Yusof berkata, dalam kejadian terbaru di Al-Ikhsan cawangan Rawang kira-kira pukul 10 malam tadi, dua penjenayah yang bersenjatakan baton renjatan elektrik melarikan wang tunai berjumlah kira-kira RM1,000 dan sebuah telefon bimbit milik pekerja premis tersebut.

"Suspek datang ke depan kedai ketika dua pekerja kami mahu menutup operasi. Salah seorang mereka merempuh pintu kaca yang telah ditutup lalu meluru ke arah kaunter dan mengugut pekerja terbabit menyerahkan wang.

"Setelah merampas wang dan telefon bimbit , suspek yang bertopi keledar dan berseluar pendek itu terus melarikan diri ke arah rakannya yang menunggu dengan motosikal Yamaha 125z di luar kedai," katanya kepada Utusan Malaysia malam tadi.

Pada Julai lalu, dua premis Al-Ikhsan cawangan Ampang dan Gombak dirompak dalam tempoh seminggu menyebabkan syarikat itu kerugian kira-kira RM13,000.

Menurut Shahril Affendi, kejadian di Rawang malam tadi sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

''Berdasarkan rakaman dan modus operandi mereka, kami mengesyaki rompakan ini dilakukan oleh kumpulan atau orang sama yang menyasarkan rangkaian kedai Al-Ikhsan," ujarnya.

Bagaimanapun beliau menolak kemungkinan perkara itu adalah perbuatan sabotaj atau dilakukan oleh 'orang dalam'.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.