saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 28/11/2012

Perompak cilik dicekup ketika cuba pecah masuk kedai telefon

SHAH ALAM 27 Nov. - Polis menumpaskan satu kumpulan perompak cilik ekoran penahanan dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan 12 tahun serta dua remaja lelaki berusia 13 dan 16 tahun di Teluk Panglima Garang, Banting, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supritendan Nordin Manan berkata, kesemua mereka ditangkap ketika cuba memecah masuk sebuah kedai telefon pada pukul 3 pagi.

Beliau berkata, polis sebelum itu menerima maklumat awam yang curiga melihat gelagat mereka.

"Ketika dicekup, mereka sedang berusaha memecahkan pintu kedai berkenaan menggunakan peralatan pecah rumah.

"Hasil siasatan, kita mendapati dua kanak-kanak dan remaja berusia 13 tahun itu sudah dibuang sekolah ekoran masalah disiplin manakala seorang lagi remaja tidak pernah bersekolah kerana ibu bapanya merupakan warganegara Indonesia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nordin berkata, hasil ujian air kencing ke atas mereka mendapati kesemuanya negatif dadah.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau kegiatan anak mereka terutamanya yang meningkat remaja.

"Penglibatan penjenayah cilik ini akan merosakkan masa depan mereka. Ibu bapa dinasihatkan agar selalu memerhati pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka terutama pada waktu malam.

"Kesemua mereka direman sehingga semalam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 511," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.