saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 23/12/2012

Pemaju Melaka Trem lapor polis

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Pengeluar tren, Mrails International Sdn. Bhd. hari ini tampil membuat laporan polis berhubung satu tuntutan transaksi perniagaan bernilai RM19 juta membabitkan tiga afidavit yang diseleweng.

Datuk V. Jeya Kumar yang merupakan pemaju projek Melaka Trem membuat laporan tersebut di Balai Polis Pantai di sini kira-kira pukul 4.30 petang.

Laporan tersebut dibuat selepas Jeya Kumar mendapati wujud penipuan tanda tangan pada ketiga-tiga afidavit berkenaan yang kemudian dicop Mahkamah Kuala Lumpur tanpa pengetahuannya.

Menurut beliau, lebih mengejutkan proses dokumentasi dan rayuan kes sivil berhubung tuntutan itu dilakukan ketika beliau berada di luar negara.

"Ketiga-tiga afidavit tersebut yang menyebut saya sebagai defendan ditandatangan, dicop dan diserahkan kepada mahkamah pada tahun 2011, iaitu ketika saya berada di luar negara.

"Malah, saya turut menyedari rayuan kes juga dibuat tanpa pengetahuan saya pada tahun yang sama.

"Saya hanya menyedari penyelewengan itu ketika saya membuat semakan kes pada Julai lalu. Laporan polis hari ini dibuat selepas saya mengumpul semua bukti yang ada selain nasihat pihak peguam," katanya yang ditemui selepas laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Pantai.

Dalam pada itu, Jeya Kumar memberitahu, beliau kalah dalam kes tuntutan tersebut tanpa diberi peluang untuk membuat rayuan.

"Pihak berkuasa perlu menyiasat individu yang terlibat dalam penipuan tersebut. Saya akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara ini pada Isnin depan," katanya.

Projek Melaka Trem yang bernilai RM272 juta merupakan trem pertama menggunakan gas asli (NGV) di dunia.

Ia akan dimulakan dari depot bersebelahan Plaza Tol Ayer Keroh ke Bandar Warisan Melaka, meliputi jarak 40 kilometer melibatkan 11 daripada 14 kawasan tarikan pelancong.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.