saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 30/12/2012

Mayat bayi lelaki ditemui terapung di Putatan

KOTA KINABALU 30 Dis. - Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan ditemui terapung di Pantai Kuala Laut, Taman Teluk Villa di Putatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata bayi malang yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam itu ditemui dalam keadaan bogel oleh seorang lelaki yang sedang memancing di pantai itu, pada 11.20 pagi.

"Kita percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan keadaan fizikalnya yang masih sempurna dan kita masih mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan ini," katanya.

Ratan berkata bayi itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta kerjasama semua klinik kesihatan agar menghubungi balai polis berhampiran sekiranya terdapat wanita yang mencurigakan menerima rawatan di tempat mereka.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah, Penampang Inspektor Hasryman Osman di talian 088-71222. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.