saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 10/01/2013

Polis dapat petunjuk baharu

TASEK GELUGOR 9 Jan. - Polis yakin dapat menahan sekurang-kurangnya empat daripada tujuh orang kena tuduh (OKT) yang meloloskan diri daripada polis kelmarin selepas mendapat petunjuk baharu berhubung tempat persembunyian mereka.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berdasarkan petunjuk itu pihaknya percaya akan dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat dan usaha memburu semua OKT sedang giat dijalankan.

Beliau memberitahu, kesemua OKT terbabit dipercayai masih berada di sekitar kawasan hutan berhampiran lokasi mereka meninggalkan van polis yang dilarikan di Kampung Padang Cempedak.

"Kita telah mendapat petunjuk baharu mengenai kejadian tersebut namun saya tak bolehkan dedahkannya kepada media kerana bimbang ia akan menjejaskan siasatan.

"Apa pun saya yakin mereka masih berada di sekitar kawasan ini dan masih belum keluar dari Pulau Pinang kerana polis mengadakan kawalan ketat di sekitar Ara Kuda, Mengkuang Titi dan laluan ke Lunas, Kedah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi kelmarin, sembilan OKT yang dibawa ke Mahkamah Butterworth melarikan van polis yang membawa mereka selepas memukul empat anggota polis pengiring di susur keluar Pantai Bersih di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth.

Van itu kemudian ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak selepas terbabas. Tujuh OKT meloloskan diri ke dalam hutan manakala dua lagi ditahan.

Polis Pulau Pinang semalam memaklumkan telah menubuhkan satu pasukan khas dan jumlah mereka kini meningkat kepada 250 pegawai dan anggota.

Pasukan itu termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Anjing Pengesan dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia diketuai Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Dalam pada itu, Abdul Rahim mengakui kejadian tersebut berpunca daripada kecuaian anggota polis terbabit ketika menjalankan tugas dan kesemua mereka bakal dikenakan tindakan tata tertib.

"Kesemua mereka akan dikenakan tindakan tahan kerja namun siasatan lanjut masih dijalankan sama ada anggota terbabit tidak mengikut peraturan ditetapkan sehingga OKT terbabit meloloskan diri," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.