saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 19/01/2013

Sindiket 'Macau Scam' tumpas, 12 suspek ditahan

Chong Mun Phing (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 18 Jan. - Polis menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa selepas menahan 12 individu warga China dan Taiwan di sebuah banglo tiga tingkat di Taman Ampang Utama dekat sini pada Selasa lalu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita warga China serta dua lelaki dan seorang wanita Taiwan berusia antara 19 hingga 26 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Chong Mun Phing berkata, suspek dipercayai terlibat dengan kegiatan penipuan yang dikenali sebagai 'Macau Scam'.

Beliau berkata, sindiket itu menggunakan banglo tersebut sebagai tempat operasi membuat panggilan telefon kepada mangsa dengan menyamar sebagai pegawai pendakwaan Bahagian Siasatan Jenayah Kewangan.

"Suspek akan memperdaya mangsa dengan memberitahu akaun mereka terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram dan sedang memantau akaun tersebut serta mencadangkan wang di dalam akaun dipindahkan ke dalam akaun kerajaan.

"Suspek menyakinkan mangsa untuk memasukkan semula wang tersebut dalam masa dua jam dan jika tidak mengikut arahan, hakim akan menjatuhkan hukuman penjara tiga hingga empat tahun," kata beliau dalam sidang akhbar di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Mun Phing berkata, ketika ditahan kesemua suspek tidak mempunyai pengenalan diri serta dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai semua dokumen tersebut disimpan oleh pihak sindiket bagi tujuan keselamatan.

Kata beliau, kebanyakan mangsa yang terlibat berasal dari China dan mereka memindahkan kesemua wang ke dalam akaun yang diarahkan oleh suspek melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Beliau berkata, polis telah merampas sebanyak 324 helai kertas tercatat angka-angka dalam tulisan Cina, 40 unit telefon pelbagai jenama, 21 unit telefon bimbit, 18 unit modem, 13 unit telefon intercom, 11 unit komputer riba dan dua unit pencetak.

Sementara dalam kejadian berasingan, Mun Phing berkata, seorang ahli perniagaan berusia 28 tahun mengalami kerugian sejumlah RM64,000 selepas menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis berpangkat inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Kita percaya suspek menggunakan teknologi terkini dan modus operandi yang sama iaitu dengan menggunakan nombor talian pejabat IPK Kuala Lumpur dan menyamar mengatakan akaun mangsa terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram.

"Polis sedang menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut kerana percaya ramai lagi menjadi mangsa penipuan pengubahan wang haram itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.