saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 15/03/2013

Lemas gara-gara mahu selamatkan kasut

KUALA TERENGGANU 15 Mac - Hanya kerana mahu menyelamatkan kasut dihanyut ombak deras, seorang penuntut Kolej Antarabangsa KFCH mati lemas di Pantai Batu Buruk, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan, Zulhilmi Syukri Mazlan, 20, bersama ibu, bapa dan neneknya yang berasal dari Johor tiba di sini bagi menghabiskan cuti semesternya.

Menurut ibu mangsa, Siti Salbiah Shahidan, 54, mereka yang bertolak dari Johor kira-kira 8.30 malam semalam tiba di Kuala Terengganu awal pagi tadi.

Jelasnya, mereka kemudian mengambil keputusan untuk bersarapan di sekitar Pantai Batu Buruk sebelum mangsa memaklumkan untuk pergi melibat ombak di tepi pantai.

"Setelah beberapa minit dia pergi, tiba-tiba dia kembali semula dan menukar seluar serta memaklumkan kepada neneknya yang dia hendak menyelamatkan kasutnya yang telah dihanyutkan air," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini.

Bagaimanapun selepas beberapa ketika pelajar itu tidak kembali, mereka sekeluarga kemudian memutuskan untuk pergi mencari mangsa di sekitar pantai itu.

Jelasnya, apabila tiba di pantai mereka dikejutkan dengan penemuan sebelah kasut milik mangsa yang berada di tepi pantai, tetapi mangsa gagal ditemui.

"Ketika itu, saya berasa tidak sedap hati kerana orang ramai memaklumkan ada orang lemas dan pada saat itu hati saya kuat mengatakan dia adalah anak saya," jelasnya sayu.

Mayat anak bongsu daripada empat beradik itu ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi tadi oleh orang awam berhampiran tempat dilaporkan lemas.

Ujar Siti Salbiah, dia reda dengan pemergian anaknya itu namun tidak menyangka beberapa halangan ketika merancang percutian itu sejak awal tahun lalu seolah-olah petanda kejadian itu.

"Kami memang rancang hendak ke sini Januari lalu namun ada sahaja halangan tetapi semalam kami mengambil keputusan meneruskan hasrat itu selepas menjemput arwah di Stesen Bas Larkin.

"Tidak sangka jadi begini pula, rasa baru sahaja makan bersama dengan arwah pagi tadi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asistan Komisioner Zamri Samsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan mayat mangsa di hantar ke HSNZ untuk dibedah siasat. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.