saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 18/03/2013

Mangsa 'cinta siber' diculik

KUALA LUMPUR 17 Mac - Disebabkan perasaan cinta yang terlalu mendalam terhadap kekasih dikenali melalui laman sosial web Skype, seorang jurutera lelaki warga Jepun sanggup datang ke negara ini untuk mengahwini wanita berkenaan.

Harapan mahu mendirikan 'mahligai bahagia' dengan kekasih pujaan hatinya bagaimanapun musnah selepas mengetahui wanita itu rupa- rupa salah seorang anggota sindiket penipuan cinta siber yang didalangi penjenayah warga Nigeria.

Mangsa berusia 51 tahun bukan sahaja kecewa setelah mendapati dirinya ditipu, tetapi turut mengalami mimpi ngeri apabila diculik dan dikurung oleh penjenayah berkenaan sebelum meminta wang tebusan daripada keluarganya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa yang tiba di negara ini pada Selasa lalu, untuk berjumpa dengan 'bakal isteri' telah diculik dan dikurung oleh sekumpulan sindiket yang dianggotai lelaki Nigeria dan wanita Filipina.

Beliau berkata, mangsa dikurung dalam bilik di sebuah kondominium di Kajang dekat sini untuk dijadikan tebusan oleh kumpulan penjenayah berkenaan.

"Penjenayah telah menghubungi keluarga mangsa yang berada di Jepun untuk meminta wang tebusan berjumlah AS$50,000 (RM155,985) dan mengarahkan mereka memasukkan wang tersebut ke dalam akaun bank didaftarkan di Filipina," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, polis yang menerima laporan mengenai penculikan itu daripada keluarga mangsa segera menjalankan siasatan dan risikan untuk menyelamatkan lelaki tersebut.

Beliau berkata, hasil maklumat risikan, polis bertindak menyerbu di dua unit kondominium di Kajang pada kira-kira pukul 9 malam tadi dan berjaya menyelamatkan mangsa serta memberkas tiga lelaki Nigeria bersama dua wanita Filipina disyaki terlibat dalam kes tersebut.

"Ketika serbuan, salah seorang lelaki Nigeria terbabit bertindak agresif apabila cuba menyerang pasukan polis sehingga memaksa seorang anggota melepaskan tembakan ke arahnya menyebabkan suspek cedera di bahagian kaki kanan.

"Kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 30-an dan mereka akan direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik," katanya.

Chin Wah memberitahu, mangsa yang ditemui dalam keadaan selamat telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.