saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 20/03/2013

Perhilitan rampas 133 tenggiling di KLIA

Pegawai Perhilitan menunjukkan seekor tenggiling yang disembunyikan dalam kotak yang dirampas di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. - utusan/SYEFRY MONIZ

KUALA LUMPUR 19 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 133 ekor tenggiling bernilai RM30,000 yang cuba diseludup keluar ke Vientiane, Laos melalui Terminal Klas Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan Perhilitan, Burhanuddin Mohd. Nor berkata, kesemua tenggiling itu ditemukan dalam 31 buah kotak ketika serbuan pada pukul 6.28 pagi.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat kerana kesemua tenggiling tersebut dihantar secara terus ke bahagian kargo.

"Pihak berkuasa sedang mengenal pasti pengirim kargo itu dan sedang menjejaki suspek yang terlibat," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Perhilitan, Cheras di sini hari ini.

Tambah Burhanuddin, modus operandi sindiket itu ialah dengan mengisytiharkan barangan tersebut sebagai ketam hidup bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Tenggiling merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan juga spesies yang terjadual di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 668).

"Tenggiling atau nama saintifiknya manis javanica dipercayai diseludup untuk dijadikan makanan eksotik, barangan kulit dan pakaian," jelasnya.

Menurutnya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tenggiling yang dirampas itu juga akan dibuat bagi mengenal pasti habitat negara asalnya.

"Berdasarkan rekod rampasan tenggiling, Perhilitan berjaya merekodkan sebanyak 18 kes pada 2006; 24 kes (2007); 18 (2008); sembilan (2009); 15 (2010); 11 (2011); 21 kes (2012) dan satu kes bagi tahun ini," katanya.

"Modus operandi penyeludupan tenggiling sentiasa berubah-ubah dan sindiket terbabit sentiasa menggunakan pelbagai helah untuk mengaburi mata pihak berkuasa sama ada melalui laluan darat mahu pun udara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.