saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 26/03/2013

Lelaki seleweng tabung surau ditangkap kerana buat laporan palsu

NIBONG TEBAL 26 Mac - Helah seorang lelaki yang disyaki menyeleweng wang tabung surau membuat laporan palsu mendakwa disamun dua lelaki Indonesia pada awal pagi semalam bagi mengelak perbuatannya terbongkar akhirnya menjerat diri apabila dia ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, polis yang menjalankan siasatan selepas menerima laporan 'mangsa' mendapati kes samun yang dilaporkan berlaku di Simpang Ampat di sini itu, hanyalah rekaan bagi menutup tindakannya meminjamkan wang kutipan tabung surau tempat dia bekerja kepada rakannya.

Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu bertindak demikian kerana buntu mencari jalan untuk menggantikan wang kutipan tabung surau tersebut selepas rakan yang meminjam gagal membayar balik mengikut masa ditetapkan.

"Bagi mengelak perbuatannya terbongkar, lelaki terbabit membuat laporan palsu mendakwa dua lelaki warga Indonesia telah menyembur serbuk cili ke arahnya sebelum melarikan wang tunai RM1,000 daripada tabung surau berkenaan.

"Polis yang mengambil keterangan 'mangsa' bagaimanapun curiga terhadap dakwaannya dan apabila disoal lanjut, akhirnya lelaki itu mengaku meminjamkan wang tersebut kepada seorang rakan untuk membayar rawatan bapanya di hospital," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki tersebut mengaku terpaksa mereka cerita samun itu akibat tertekan kerana surau tempat kerjanya mahu menggunakan wang terbabit untuk menjalankan aktiviti.

Shafien berkata, pihaknya kemudian menahan lelaki tersebut kerana membuat laporan palsu.

"Dia ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 177 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat laporan palsu kerana mereka boleh didakwa jika didapati cuba menipu," katanya sambil memberitahu polis sentiasa membuat penelitian sebelum menyiasat kes-kes dilaporkan. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.