saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 09/04/2013

Suspek pecah pejabat bekas ADUN Semenyih diburu

KUALA LUMPUR 8 April - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua orang suspek yang dipercayai memecah masuk pejabat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pihaknya sedang berusaha mengenal pasti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

"Kedua-dua suspek masih lagi diburu dan kita minta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat tentang kes ini agar tampil membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, puluhan komputer riba dilaporkan hilang sementara beberapa dokumen penting turut dilarikan penjenayah.

Ab. Rashid berkata, berdasarkan rakaman CCTV, kejadian samun dilakukan dua suspek termasuk seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 50-an.

"Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan pihak polis masih giat menjalankan siasatan untuk memburu kedua-dua suspek.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta membantu siasatan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.