saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 12/04/2013

Penjawat awam maut, suami dan anak cedera

TUMPAT 11 April - Seorang kakitangan kerajaan maut selepas kereta yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabas melanggar pokok di Kilometer 6, Jalan Wakaf Bharu-Tumpat berhampiran Kampung Hujung Tanjong di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Norliza Razali, 32, yang bertugas sebagai penjawat awam di Putrajaya terbunuh di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Suaminya, Mohd. Farid Md. Zain, 32, yang merupakan seorang anggota tentera turut mengalami cedera parah dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (HRPZ II), manakala anak mereka, Nur Syazamia, 3, dirawat di Hospital Tumpat (HT).

Kemalangan berlaku semasa tiga beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Dalam Rhu untuk melawat ibunya yang sakit.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Shariffuddin Yusof berkata, tiba di tempat kejadian, kereta dinaiki keluarga itu terbabas ke kanan jalan dipercayai disebabkan pemandunya mengantuk sebelum merempuh pokok.

"Norliza yang duduk bersebelahan Mohd. Farid yang memandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd. Farid dan Nur Syazamia mengalami kecederaan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke HT untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Mohd. Asrul Abdul Rahman, 28, memberitahu, arwah bersama suami dan anaknya tidak pulang bersendirian ke Kampung Dalam Rhu kerana dia bersama isteri turut pulang tetapi menaiki kenderaan lain.

Katanya, mereka menaiki dua kereta bertolak dari Putrajaya pada pukul 5 petang semalam iaitu arwah bersama anak dan suaminya, manakala saya bersama isteri, Zuraida Razali, 26.

Tambahnya, tiba di tempat kejadian yang jaraknya kira-kira enam kilometer dari rumah ibu mertua, kereta dinaiki arwah sekeluarga tertinggal jauh di belakang.

"Sebelum kemalangan, saya yang berada di hadapan sempat melihat kereta mangsa melalui cermin belakang yang menunjukkan mereka tertinggal jauh kebelakang tetapi tiada apa-apa yang berlaku.

"Selepas menunggu agak lama di rumah, saya mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku apabila panggilan telefon tidak diangkat dan khidmat pesanan ringkas tidak dibalas oleh arwah dan suaminya," katanya.

Mohd. Asrul berkata, mereka mendapat tahu kemalangan menimpa mangsa setelah dimaklumkan penduduk kampung yang melihat kejadian itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.