saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 11/06/2013

Polis rampas DVD cetak rompak terbesar tahun ini

KUALA LUMPUR 11 Jun - Polis merampas sejumlah 10,000 keping cakera padat digital (DVD) cetak rompak dan lucah bernilai RM100,000 dan terbesar tahun ini selepas menyerbu sebuah rumah dua tingkat di Taman Damai Perdana, Cheras di sini hari ini.

Serbuan oleh sepasukan anggota dari unit risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu dilakukan pukul 2.25 petang selepas mendapat maklumat awam tentang kegiatan mencurigakan di premis berkenaan.

Hasil seminggu risikan, Timbalan Pengarah II jabatan itu, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, rumah tersebut dijadikan pusat memproses, membungkus dan menyimpan DVD haram dan tidak ditapis sejak dua tahun lalu.

“Dianggarkan sejumlah 10,000 keping DVD haram pelbagai tajuk filem dari dalam dan luar negara ditemukan dalam rumah berkenaan dipercayai untuk pasaran Lembah Klang, Johor, Melaka, Perak serta Sabah dan Sarawak.

“Semua DVD haram ini tidak diedar terus ke pasar-pasar malam sebaliknya dijual kepada pembeli yang menempah menerusi atas talian sebelum diedarkan kepada sindiket-sindiket kecil," katanya selepas mengetuai serbuan itu.

Menurut beliau, polis turut merampas 15 unit pemprosesan komputer (CPU), 11 unit mesin penyalin atau ‘burner’, lima bungkusan DVD salinan asal dan masing-masing seunit televisyen dan alat pemain DVD.

“Seorang pekerja berusia 38 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan. Difahamkan, dia sudah setahun bekerja di situ bersama dua individu lagi dan kita akan mengesan mereka yang terlibat dan jaringan sindiket itu dalam tempoh terdekat. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.