saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 19/06/2013

100 rumah papan terbakar, 500 mangsa terlibat

KEPULAN asap tebal menjulang diudara akibat kebakaran yang melibatkan lebih 100 buah rumah papan di Kampung Datu, Sibu, Sarawak hari ini. - UTUSAN/FIRDAUS HASSAN

SIBU 19 Jun - Kira-kira 500 penduduk di Kampung Datu di sini tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan 100 buah rumah papan milik mereka petang ini.

Kebakaran kira-kira pukul 4 petang itu dikatakan bermula daripada hanya sebuah rumah sebelum merebak ke rumah-rumah lain dengan cepat.

Bagaimanapun kebakaran yang turut mengakibatkan ruang udara di kawasan berdekatan dipenuhi kepulan asap hitam tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi dan Penyelamat Bomba negeri, Penguasa Bomba Hussin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 4.02 petang dan hanya melibatkan sebuah rumah kosong.

Katanya, lima minit kemudian apabila bomba tiba di tempat kejadian mendapati api marak dengan cepat sehingga membakar 15 buah rumah yang lain.

"Bomba menerima panggilan daripada penduduk yang memberitahu terdapat sebuah rumah kosong jenis kayu terbakar sebelum api mula merebak ke rumah lain di situ.

"Sebanyak 48 anggota bomba melibatkan tiga Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Kanowit dan Sungai Merah yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Ja'afar mengawal keadaan daripada merebak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussin berkata, sehingga pukul 7 petang ini anggota bomba masih berusaha mengawal keadaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, kesemua mangsa terlibat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Abang Dali untuk sementara waktu. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.