saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 02/08/2013

Anak dakwa pembunuhan Hussain Ahmad Najadi bukan kerana urusan hartanah

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, demikian dakwa anaknya.

Pascal Najadi menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanah sebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawa bapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.

Beliau berkata, bapanya menjadi orang tengah untuk tokong berkenaan dan sekumpulan orang yang beliau katakan 'seseorang' yang meminta wang dari dana amanah tokong itu.

"Bapa saya merupakan perunding antara dua pihak. Tidak ada perjanjian hartanah yang gagal dalam pembunuhan bapa saya kerana syarikat kami tidak terlibat dalam urusan itu," katanya kepada Bernama melalui telefon dari Moscow, Rusia.

Isnin lalu, Hussain Ahmad, 75, terbunuh sementara isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan tokong tersebut yang terletak di Lorong Ceylon di sini.

Semalam polis mengeluarkan gambar yang disyaki sebagai suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan menahan seorang pemandu teksi berumur 44 tahun yang membawa suspek meninggalkan tempat kejadian.

Pascal, 45, yang memegang kerakyatan Swiss dan British berkata, semasa rundingan pada Isnin itu, bapa beliau bertegas tidak membenarkan sebarang pihak mengambil dana amanah tokong itu kerana ia merupakan wang tokong berkenaan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.