saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 17/08/2013

Ustaz Azhar Idrus terlibat kemalangan

USTAZ AZHAR IDRUS

ORANG ramai menyaksikan kereta Volkswagen Golf GTI dipandu Ustaz Azhar Idrus selepas kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu pukul 7.45 pagi tadi.

KEADAAN kereta Volkswagen Golf GTI dipandu Ustaz Azhar Idrus selepas bertembung dengan sebuah Proton Iswara dari arah bertentangan di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru, Kuala Terengganu pukul 7.45 pagi tadi.

KUALA TERENGGANU 17 Ogos - Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 7.45 pagi itu Ustaz Azhar dan isterinya selamat dan tidak mengalami kecederaan manakala pemandu sebuah lagi kereta dan anak saudaranya cedera dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kemalangan itu berlaku ketika Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Zamrul Idrus, 49, dan isterinya dalam perjalanan ke Bukit Payung di Marang.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta jenis Volkswagen Golf GTI yang dipandu Ustaz Azhar bertembung dengan kereta Proton Iswara dari arah bertentangan. Dia dan isterinya tidak mengalami kecederaaan.

"Pemandu kereta Proton Iswara, Che Daek Abdul Rahman, 58, mengalami kecederaan di bahagian dada manakala anak saudaranya, Iskandar Mohd Saidi, 12, bengkak di kepala akibat terhantuk dan luka di tangan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Zamri berkata, Ustaz Azhar membuat laporan polis pada kira-kira 11 pagi di Balai Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu dan telah memberikan keterangan berhubung kemalangan itu.

Sementara itu, Ustaz Azhar ketika ditemui pemberita enggan mengulas berhubung kemalangan itu. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.