saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 21/08/2013

ADUN Seri Delima terima ugutan peluru

GEORGE TOWN 21 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer menerima kejutan hari ini apabila keluarganya menerima bungkusan plastik mengandungi peluru hidup di rumahnya di Island Park, Green Lane di sini.

Menurut laporan polis dibuat bapa ADUN itu, Rajaji Jeganathan Rayer, bungkusan peluru jenis 9mm itu dihantar oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira jam 7 pagi ini.

Katanya, sejurus menerima bungkusan yang berisi peluru itu, beliau telah menghubungi anaknya yang juga seorang peguam, sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong di sini.

"Dalam perjalanan ke Balai Polis, anaknya sekali lagi dikejutkan dengan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan bunuh terhadapnya," katanya dalam laporan polis itu.

Baru-baru ini Rayer dilantik sebagai peguam bela dalam kes lima penjenayah yang mati ditembak polis di sini Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah mengesahkan laporan polis itu dan berkata polis sedang melakukan siasatan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.