JENAYAH
ARKIB : 25/09/2013
Polis tumpu kes tembak TKP Kastam
SHAH ALAM 24 Sept. - Selepas kejayaan menyelesaikan kes pembunuhan pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, polis kini memberi tumpuan untuk memberkas pembunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak mati di Putrajaya pada 26 April lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya telah memperolehi petunjuk yang akan membawa kepada penahanan penjenayah terlibat dan yakin akan dapat memberkas suspek.
Bagaimanapun kata beliau, semua pihak diminta agar memberikan masa kepada polis untuk melakukan penyiasatan dan penelitian.
"Beri kita masa. Lambat laun kita akan dapat selesaikannya juga sebagaimana pembunuh kes Hussain Ahmad Najadi dapat diberkas," kata beliau ketika diminta mengulas perkembangan kes pembunuhan Shaharuddin dan Hussain.
Beliau ditemui selepas sempena Majlis Perasmian Seminar Polis Wanita 2013 di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi 26 April lalu, Allahyarham Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil untuk ke pejabatnya.
Mangsa yang duduk di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.
Polis yang melakukan siasatan berjaya memperoleh gambar suspek yang dipercayai menembak mangsa dalam kejadian.
Ditanya adakah senjata yang digunakan untuk menembak Hussain telah ditemui, Mohd. Bakri memberitahu, pihaknya masih mengesan senjata tersebut.
"Kita juga sedang menyiasat siapa di belakang semua kejadian ini," tambah beliau.
Polis memberkas suspek utama kes pembunuhan Hussain di Taman Larut Tin Taiping, Perak selepas diburu hampir dua bulan.
Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan bersama dua lelaki lain kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam ketika berlindung di sebuah rumah teres di taman perumahan berkenaan.
Gambar 2 suspek lempar bom dikesan
Pemandu teksi ada rekod jenayah samun penumpang
Kes bogel: Polis buka kertas siasatan
Bom Bukit Bintang: Polis peroleh imej suspek utama
Polis tahan lima individu
Tiada jaminan keselamatan jika kapal masuk perairan Filipina - Polis
Rekrut 'berjihad' satu ancaman
Militan IS: Lagi sogokan melalui agama
Penjual burger cedera ditembak di kaki
Penjenayah mati ditembak
Suspek lelaki ditahan bantu siasatan kes tembak
Bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di surau
Letupan bom tangan: Polis tahan lebih empat individu bantu siasatan
14 termasuk 3 suspek utama ditahan
Petrol, diesel RM1.6j dirampas
Pengawal parah diserang tiga lelaki
4 maut kereta bertembung lori
Motif lelaki ditembak masih disiasat
18,054 individu ditahan dalam Op Cantas Khas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












