saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 30/09/2013

Lelaki baru kahwin mati lemas ketika selamatkan adik bongsu

LEDANG 29 Sept. - Tindakan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh mengajak isteri yang baru dikahwininya awal bulan ini dan seorang adik lelakinya mandi-manda di Air Terjun Asahan di Jasin, Melaka, berakhir dengan dia mati lemas hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 10.20 pagi itu, mangsa, Mohd. Khidil Ismeet Anuar, 25, lemas ketika cuba menyelamatkan adik bongsunya, Mohd. Aliff Najmi, 13, yang tergelincir ke dalam kawasan air terjun berkenaan.

Menurut Mohd. Aliff, dia bersama abang dan kakak iparnya itu tiba di kawasan tersebut untuk bermandi-manda kira-kira pukul 9 pagi.

"Kami bertiga bersama ayah dan ibu sedang bercuti di kampung halaman di Kampung Bekoh, di sini setelah tiba dari Kuala Lumpur semalam.

"Kira-kira pukul 9 pagi, abang (mangsa) bersungguh-sungguh mengajak saya dan kakak (isteri mangsa) untuk mandi di air terjun itu yang jaraknya tidak jauh dari kampung.

"Saya tidak sangka itu permintaan terakhir abang sebelum dia lemas kerana cuba menyelamatkan saya yang tergelincir dan terjatuh dalam kawasan air terjun itu," katanya ketika ditemui di Hospital Tangkak di sini hari ini.

Jelas Mohd. Aliff, semasa kejadian, dia sedang mandi di kawasan atas air terjun itu dan mahu ke kawasan bawah melalui laluan air yang berbatu tetapi tergelincir dan terjatuh ke kawasan yang airnya dalam.

"Abang yang mengikuti saya dari belakang kemudiannya terjun untuk menyelamatkan saya dengan menolak saya ke tempat air cetek namun dia dibawa arus deras ke kawasan air dalam.

"Selepas menyelamatkan saya, dia terkapai-kapai dan terus tenggelam sebelum orang ramai membantu menghubungi pihak penyelamat," ujarnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, Johari Masum berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 10.25 pagi.

"Seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin dan Jasin Bestari serta lapan anggota Unit Skuba dari Jalan Kubu tiba di tempat kejadian pada pukul 11.10 pagi.

"Mangsa berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat pada pukul 12.08 tengah hari di kawasan dia dikatakan lemas itu dan dihantar ke Hospital Ledang untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan kes tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.