saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 09/10/2013

Polis dedah nama dalang kes bunuh pengasas Ambank

LIM Yuen Soo dalang kes pembunuhan pengasas Ambank yang diedarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini. Lim Yuen Soo, 53, beralamat terakhir di No.9, Jalan Bayu Segar 3, Bayu Segar Cheras, Kuala Lumpur. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Polis hari ini mendedahkan nama dan gambar lelaki disyaki dalang kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, yang dipercayai meninggalkan negara selepas kejadian pembunuhan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki tempatan itu, Lim Yuen Soo, 53, beralamat terakhir di No. 9, Jalan Bayu Segar 3, Bayu Segar, Cheras, Kuala Lumpur, juga merupakan majikan suspek utama kes itu.

Beliau berkata orang ramai yang mengenali Lim diminta tampil membantu siasatan dan menurutnya polis turut meminta bantuan Interpol di Australia bagi menangkapnya untuk dibawa balik ke Malaysia dan dihadapkan ke mahkamah.

"Lelaki ini sebenarnya terlibat dalam perniagaan pusat hiburan dan merupakan pemilik beberapa kawasan parkir di ibu negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini.

Pada 1 Oktober lepas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki terbabit dipercayai melarikan diri ke Australia selepas pembunuhan itu.

Pada 22 September lepas, suspek utama kes itu ditahan bersama-sama dua rakannya dalam serbuan 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak, dan pada 3 Oktober lepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas.

Mohmad berkata usaha mencari senjata api yang digunakan dalam pembunuhan Hussain masih diteruskan.

"Kami masih meneruskan pencarian senjata itu, bukan perkara yang mudah untuk mencari senjata yang kecil di lombong yang agak besar itu. Tapi kita akan tetap teruskan dengan kemampuan penyelam-penyelam yang polis ada untuk kita terus mencari," katanya.

Pada 30 September lepas, polis menjalankan operasi mencari pistol yang diguna dalam pembunuhan Hussain yang telah dibuang di kawasan Tasik Mines bersebelahan Lebuh Raya Besraya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.