saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 10/10/2013

3 penjenayah Indonesia maut ditembak

Anggota polis memeriksa seorang daripada tiga penjenayah yang mati ditembak berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Kurang empat jam selepas menyamun seorang wanita yang baru mengeluarkan wang di sebuah bank di Bayu Perdana, Klang, tiga penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini petang ini.

Ketiga-tiga suspek dikenali dengan nama Hendra Rozak, 35, Mohamad Anuar, 39, dan Acun Risky Saputra, 26.

Sebelum itu kesemua suspek yang menaiki sebuah kereta bersama sebuah kereta lain yang kedua-duanya Proton Wira berwarna hitam serta sebuah motosikal menyamun mangsa pada pukul 11.30 pagi.

Dalam kejadian itu, kereta mangsa dihalang di kiri dan kanan sebelum suspek yang menunggang motosikal turun lalu memecahkan cermin kenderaan mangsa dan melarikan wang tunai RM2,000.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, berdasarkan maklumat, sebuah kereta yang disyaki rakan suspek berjaya dikesan di Plaza Tol Sentul Pasar manakala salah sebuah kereta lagi yang terlibat dalam kejadian samun itu sedang bergerak ke lokasi sama.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis menjejaki kereta tersebut sebelum memintasnya di plaza tol berkenaan.

"Semasa mengarahkan mereka berhenti dan menyerah diri, ketiga-tiga suspek bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah kereta polis. Polis yang membalas tembakan itu berjaya menembak mati ketiga-tiga mereka.

"Beberapa lagi rakan mereka yang dipercayai sedang menunggu di dalam sebuah lagi kereta di lokasi kejadian (Plaza Tol Sentul Pasar) telah melarikan diri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Abdul Rahim memberitahu, pemeriksaan polis menemui sebilah parang dan sepucuk pistol di dalam kereta dinaiki ketiga-tiga suspek.

"Polis kini memburu beberapa lagi rakan suspek yang menaiki sebuah lagi kereta dan motosikal dalam kejadian samun itu. Kita percaya kesemua suspek bergiat aktif dalam jenayah dan terlibat dalam beberapa kes samun terutama di luar bank di Selangor dan ibu negara," katanya lagi.

Tambah Abdul Rahim, pemeriksaan lanjut ke atas kereta suspek yang mati ditembak dan sebuah lagi yang menunggu di plaza tol berkenaan didaftarkan di atas nama dua lelaki warga Indonesia.

"Kes ini masih disiasat tetapi dalam masa sama, polis giat menjejak baki ahli kumpulan terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu pihak polis," tambahnya.

Sementara itu Utusan Malaysia difahamkan, pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sepucuk pistol semi-automatik dan satu kelopak peluru yang mengandungi dua butir peluru.

Turut ditemui adalah dua kelongsong peluru super automatik yang dipercayai milik suspek, sebilah parang panjang dan beberapa kelongsong peluru.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.