saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 10/10/2013

Kes bunuh pengasas AmBank, polis buru Lim Yuen Soo

Lim Yuen Soo

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Polis hari ini mendedahkan nama dan gambar seorang lelaki, dipercayai dapat membantu kes pembunuhan pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, yang kini dipercayai telah melarikan diri ke Australia.

Suspek tersebut ialah Lim Yuen Soo, 53, beralamat terakhir di No.9, Jalan Bayu Segar 3, Cheras, sebelum dia menghilangkan diri selepas pembunuhan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, lelaki tersebut juga adalah rakan dan majikan kepada suspek utama kes pembunuhan itu yang telah ditahan di Taman Larut Tin Taiping, Perak, pada 22 September lalu.

Katanya, siasatan polis mendapati Yuen Soo merupakan seorang ahli perniagaan pusat hiburan dan menjadi pemilik beberapa kawasan tempat meletak kenderaan di sekitar ibu negara.

"Tempoh seminggu yang diberikan polis kepada suspek untuk menyerah diri telah pun tamat.

"Polis masih lagi memburu suspek termasuk melalui kerjasama dengan pihak Interpol (polis antarabangsa) untuk mengesan dan menangkap suspek.

"Ini bagi membolehkan suspek yang dipercayai melarikan diri ke Australia dibawa pulang ke negara ini serta dihadapkan ke mahkamah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada 22 September lalu, polis menahan suspek utama kes pembunuhan itu di sebuah rumah di Taiping, Perak, sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh, Khamis lalu.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan tempat meletak kenderaan sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas.

Mohmad seterusnya meminta orang awam yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai suspek tampil bagi membantu siasatan polis.

Sementara itu, Mohmad berkata, operasi mencari senjata api di Tasik The Mines bersebelahan Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) yang digunakan suspek untuk menembak mangsa masih diteruskan.

"Bukan mudah untuk mencari senjata kecil di dalam tasik yang besar itu namun kita tetap akan teruskan dengan kemampuan penyelam yang polis ada," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.