saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 13/01/2014

Tempoh reman pegawai menteri, peniaga dilanjut

Dua individu yang direman menutup muka selepas tempoh reman mereka dilanjutkan bagi membantu siasatan dakwaan pemberian dan penerimaan wang suapan berkaitan pemberian tender di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor, semalam. - BERNAMA

SEPANG 12 Jan. - Tempoh tahanan reman pegawai khas seorang menteri dan ahli perniagaan bergelar Datuk dilanjutkan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemberian dan penerimaan wang suapan berkaitan pemberian tender.

Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang, Rozaidi Yaacob hari ini membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memanjangkan tempoh tahanan reman selama dua hari bermula esok terhadap kedua-dua individu tersebut.

Mereka yang berusia 44 dan 48 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan meminta atau menerima rasuah.

Pada Khamis lalu, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap dua individu terbabit manakala seorang setiausaha wanita sebuah kementerian direman selama tiga hari.

Difahamkan wanita tersebut telah dibebaskan selepas tempoh tahanan reman terhadapnya tamat semalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.