saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 19/01/2014

Seorang mati lemas, dua hilang dihanyutkan ombak

POLIS membawa rakan mangsa ke tempat kejadian, manakala pasukan bomba menggunakan bot berusaha mencari tiga lagi yang masih hilang ketika mandi di Pantai Kerachut, Pulau Pinang, semalam. - mingguan/AZMAN ASMAYATIM

BALIK PULAU 18 Jan. - Seorang pekerja kilang di Butterworth di sini, mati lemas manakala dua lagi rakannya masih hilang akibat dihanyutkan ombak dalam satu perkelahan program bina semangat yang disertai 24 orang di Pantai Kerachut di sini petang ini.

Dua lagi daripada mereka bernasib baik selepas berjaya diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini untuk rawatan dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu.

Mangsa yang mati lemas ialah P. Yogambigai, 24, manakala yang hilang, Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, dan C. Ashwanpaljit Singh, 24.

Rakan mangsa, P. Gopinathan, 22, berkata, mereka mandi di pantai itu dalam beberapa kumpulan kecil namun tiba-tiba semasa bersiap untuk pulang, lima orang daripada mereka yang bersantai di atas satu bongkah batu besar terjun ke dalam air.

"Mereka kemudian dihanyutkan ombak. Dalam keadaan kelam-kabut itu, kami yang lain bergegas menyelamatkan mereka namun hanya dapat menarik tiga orang.

"Seorang daripada yang berjaya ditarik disahkan mati lemas, dua dikejarkan ke HPP manakala dua lagi masih hilang," katanya ketika ditemui di sini malam ini.

Difahamkan, bongkah batu itu terletak di dalam kawasan larangan untuk mandi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Mohd. Hatta Mohd. Zin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 4.20 petang sebelum sekumpulan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi menyelamat dijalankan bagi mencari dua lagi mangsa yang masih hilang dengan melibatkan 10 anggota polis, lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, empat anggota Jabatan Pertahan Awam Malaysia (JPAM) dan lima anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Operasi mencari turut dibantu oleh bot-bot nelayan tempatan. Melalui siasatan awal, kita dapati kumpulan itu datang berkhemah di kawasan Pantai Kerachut sebelum kejadian tersebut berlaku," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.