saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 10/06/2014

Pasangan tunang parah dihempap pokok

LEDANG 9 Jun - Hasrat pasangan tunangan menghabiskan waktu hujung minggu bersama di kawasan rekreasi Gunung Ledang di sini semalam, musnah apabila mereka cedera parah akibat dihempap pokok.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, pasangan berkenaan yang baharu selesai mandi dan berehat di bawah sepohon pokok tidak sempat menyelamatkan diri daripada dihempap pokok tersebut yang tiba-tiba tumbang.

Akibatnya pasangan lelaki berkenaan yang berusia 36 dari Felda Apeng Barat, Kota Tinggi, patah kaki kiri manakala tunangnya berusia 22 tahun, yang berasal dari Sungai Abong, Bakri, Muar patah di bahagian rusuk.

Kejadian tersebut mengejutkan orang ramai yang sedang mandi-manda di kawasan itu dan beberapa anggota renjer datang membantu mengeluarkan pasangan berkenaan daripada bawah dahan pokok berkenaan yang berukuran sederhana besar.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohamed Salleh Abd. Razak berkata, pasangan itu dikejarkan ke Hospital Tangkak untuk rawatan kecemasan sebelum mangsa wanita dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar.

"Ini kerana wanita berkenaan mengalami cedera parah di rusuk. Bagaimanapun lelaki itu yang dirawat di Hospital Tangkak dan tunangnya di HPSF kini dilaporkan stabil. Kes ini tidak melibatkan perbuatan khianat atau jenayah.

"Mereka berdua ke kawasan rekreasi tersebut tanpa ditemani teman atau keluarga. Siasatan mendapati pokok itu tumbang dengan akarnya sekali sebelum menghempap mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, pasangan tersebut tidak mempunyai pekerjaan dan lelaki itu juga tidak tinggal di daerah ini sebaliknya datang dari Kota Tinggi untuk bersama-sama tunangnya menghabiskan masa hujung minggu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.