saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 19/06/2014

Pegawai polis ditemui lemas di Sungai Tengku, Gerik

IPOH 18 Jun - Hasrat seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) untuk berhari raya dengan memakai jubah sedondon bersama isteri dan tujuh anaknya pada Aidilfitri tahun ini, tidak kesampaian apabila dia ditemui mati lemas di Sungai Tengku, Air Banun dekat Gerik pagi ini.

Isteri mangsa, Noranida Ahmad Nawawi, 41, berkata, suaminya, Mior Fahim Ahmad, 40, begitu bersungguh-sungguh menempah jubah berwarna kuning cair sewaktu mereka berdua mengerjakan umrah bulan lalu meskipun tidak mengingati saiz sebenar pakaian anak-anak mereka.

Noranida yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Raja Permaisuri Bainon (HRPB) di sini berkata, walaupun merasa sedikit pelik, namun perkara itu tidak diluahkan kepada suaminya.

"Saya mengikut sahaja keinginannya itu dengan menemaninya pergi ke kedai jahit di sana (Mekah). Sehari sahaja kesemua jubah itu siap dijahit.

"Nasib baik, sebaik sahaja jubah itu dipakaikan kepada anak-anak di sini, semuanya elok sahaja. Tetapi nampaknya hasrat untuk kami sekeluarga memakai jubah pada Aidilfitri tidak kesampaian kerana dia pergi dahulu dijemput Tuhan," katanya sayu ketika di temui di rumah ibu mertuanya di Rapat Setia di sini hari ini.

Mior Fahim dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang merupakan peserta pasukan kenderaan pacuan empat roda 4x4 ditemui pagi ini hasil operasi menyelamat yang dilakukan polis.

Mangsa yang sedang menjalani program di bawah seliaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai lemas ketika sedang mandi di sungai berkenaan petang semalam.

Mangsa yang bertugas di Bahagian Kongsi Gelap, Judi Dan Maksiat (D7) IPK tiba di perkampungan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang semalam bersama pasukan 4x4 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik yang turut disertai Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Mior Fahim yang telah berkhidmat selama 19 tahun dalam PDRM meninggalkan tujuh anak iaitu Mior Muhamad Fahmi,15, yang menuntut di MRSM Kulim, Kedah; Mior Muhamad Fadli Faris, 13, Nur Farzana, 12, Mior Muhamad Fadli,8, Mior Muhamad Faiz, 6, Nur Ain Fatini, 4, dan Nur Aina Faqihah, 2.

Selain mahu memakai jubah sedondon, Noranida memberitahu, Mior Fahim juga berkelakuan agak ganjil apabila awal pagi semalam menelefonnya untuk bertanyakan tentang anak-anak mereka.

"Sebelum masuk ke hutan, dia menelefon saya kira-kira pukul 7.30 pagi bertanyakan sama ada anak-anak sudah pergi ke sekolah atau belum. Sebelum ini dia jarang berbuat demikian.

"Saya juga ada menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp bertanyakan sama ada dia sudah sampai ke dalam hutan atau belum, lewat petang semalam. Tapi tidak berjawab. Rupanya-rupanya dia sudah pergi meninggalkan kami anak beranak buat selama-lamanya," katanya sambil memberitahu suaminya itu sepatutnya pulang ke rumah mereka di Kampung Rapat di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Noranida berkata, dia hanya mengetahui mengenai berita kehilangan suaminya itu kira-kira pukul 11.30 malam tadi melalui seorang rakan.

Kata wanita itu, dia kemudiannya melayari akaun Facebook milik suaminya dan terkejut apabila melihat ramai rakan-rakan Mior Fahim meninggalkan nota mendoakan semoga suaminya itu berjaya ditemui dengan selamat.

"Setengah jam kemudian, baru datang dua anggota polis ke rumah memaklumkan suami saya telah hilang di air terjun tersebut. Sepanjang malam saya berdoa dia selamat.

"Tetapi nampaknya tuhan lebih sayangkan dia apabila kakak ipar yang berada di tempat kejadian memaklumkan suami saya telah ditemui kira-kira pukul 8.30 pagi ini dan dia telah tiada," katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke kediaman ibunya di Rapat Setia dan jenazah dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Tambun di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.