saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 29/06/2014

Di mana silapnya?

Beberapa pengunjung asyik bermain mesin judi haram di salah sebuah premis di Kuala Lumpur.

Gejala mesin slot atau mesin judi haram bukanlah isu baharu, malah ia sudah `mengancam’ kehidupan rakyat negara ini sudah sekian lama, tetapi persoalannya kenapakah gejala bahaya ini masih belum dapat dibanteras sehingga ke hari ini? Laporan Khas kali ini yang disediakan oleh wartawan Utusan Malaysia ZULKIFLEE BAKAR, MOHD. SHARIZA ABDULLAH dan SITI ROHAIZAH ZAINAL mendedahkan pelbagai kepincangan termasuklah dari segi penguatkuasaan yang memungkinkan perbuatan tersebut tidak dapat dihapuskan. Turut didedahkan modus operandi pengusaha atau sindiket mesin judi haram yang sudah pastinya turut dilindungi oleh kumpulan kongsi gelap dan samseng. Selain itu, dipaparkan juga bagaimana tercetusnya masalah sosial akibat ketagihan terhadap judi ini dan sekaligus memberi isyarat kepada pihak berkuasa untuk bertindak habis-habisan menghapuskan perbuatan haram tersebut.

KUALA LUMPUR 28 Jun - Menggerunkan! Itulah gambaran terhadap gejala mesin judi haram yang semakin berleluasa di seluruh negara.

Walaupun ia kini dianggap berada pada tahap luar biasa, namun gejala tersebut seolah-olah tidak mampu dibanteras oleh agensi penguat kuasa.

Satu sumber mendedahkan, dalam sehari, transaksi daripada kegiatan haram itu di ibu negara sahaja dikatakan mencecah RM40 juta.

Dalam sehari, sebuah premis mesin judi haram mampu mengautkan untung bersih RM7,500 selepas ditolak kos.

Lebih mengejutkan, menurut satu tinjauan yang didedahkan kepada Mingguan Malaysia, jumlah premis di Kuala Lumpur dianggarkan mencecah 2,350 buah.

"Malah ada sebuah daerah di Selangor, jumlah premis yang menjalankan kegiatan itu dianggarkan 3,000 buah,"kata sumber tersebut.

Sumber itu berkata, hasil siasatan setakat ini menunjukkan hampir semua daerah mempunyai premis mesin judi dan setiap satu premis mempunyai tidak kurang 30 buah mesin.

"Bagi setiap sebuah mesin, pengusahanya mampu mengaut sekurang-kurangnya RM30,000 sebulan. Bayangkanlah kalau dia mempunyai 30 buah mesin, berapa banyak keuntungan yang mereka peroleh?,"kata sumber itu.

Apa yang mendukacitakan, kata sumber itu , kelompok yang menjadi ‘mangsa’ atau ketagihan dengan bermain mesin judi ialah orang Melayu sedangkan pengusaha kegiatan haram tersebut 99 peratus bukan Melayu.

"Akibatnya ada antara mereka ini yang berhutang dengan ah long sehingga terpaksa ‘menggadaikan’ isteri kepada peminjam wang haram tersebut,"katanya sambil merujuk satu kes yang berlaku di sebuah negeri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.