saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 05/07/2014

Shaharuddin ditembak Geng 36?

KUALA LUMPUR 4 Julai - Kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu, dipercayai angkara perbuatan Geng 36 yang berdendam disebabkan kegiatan mereka dihalang oleh ketegasan mangsa ketika menjalankan tugas.

Menurut sumber, ini berikutan empat suspek yang ditahan kelmarin, merupakan ahli kongsi gelap terbabit yang aktif dengan pelbagai kegiatan jenayah seperti penyeludupan, pengedaran dadah serta curi kontena.

"Mereka ini juga pernah terlibat dengan pelbagai kes lain termasuk tembak dan samun. Jadi mungkin disebabkan dendam kerana dadah yang diseludup dirampas di pelabuhan atau lapangan terbang, maka mereka jadikan Shaharuddin sebagai sasaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rabu lalu, suspek utama kes pembunuhan itu berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Ampang, Selangor kira-kira pukul 5 pagi.

Polis turut menahan tiga lagi rakan suspek dalam serbuan lain di Batu Caves, Selangor dan kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dekat sini serta ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi, 26 April tahun lalu, Allahyarham Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya dari rumahnya di Dengkil.

Dua hari selepas kejadian itu, seorang penguat kuasa kanan Kastam yang enggan dikenali mendedahkan, tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu adalah akibat sindiket jenayah penyeludupan yang tidak berpuas hati dengan mangsa, berikutan skop kerja Shaharuddin berkaitan dengan bidang import dan eksport.

Sumber itu seterusnya berkata, saki-baki suspek pembunuhan tersebut kini dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang dan pihak polis sedang mengatur strategi untuk memburu mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.