saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 10/07/2014

Dua lagi ditahan berkaitan kes bunuh model Estonia

JOHOR BAHARU 10 Julai - Dua lelaki ditahan tengah malam tadi berhubung kes pembunuhan model sambilan warga Estonia di Mersing.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata, kedua-duanya yang berumur 27 dan 30 tahun tinggal di Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk direman dan ditahan sehingga 16 Julai ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Hasnan berkata mayat mangsa yang dijumpai dalam laut di Pulau Rawa dekat Mersing awal bulan ini, pada mulanya dipercayai mati akibat lemas.

Regina Soosalu, 30, tiba di pulau itu pada 1 Julai sebelum ditemui lemas pada hari yang sama.

Sehingga semalam polis menahan enam individu di pulau berkenaan untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.