saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 14/08/2014

Kanak-kanak mengandung dirogol bapa saudara

SABAK BERNAM 13 Ogos - Akibat termakan pujuk rayu bapa saudara yang mahu mengahwininya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun kini mengandung sembilan bulan selepas dirogol lelaki terbabit.

Mangsa dirogol beberapa kali oleh bapa saudaranya yang berusia 49 tahun di rumah kanak-kanak itu di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah dipercayai dirogol sejak awal Disember lalu ketika ibu bapanya tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir adalah pada Julai lalu.

"Mangsa mula dirogol bapa saudaranya ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa namun lama-kelamaan berasa tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

"Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada orang tuanya," jelasnya.

Kata beliau, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat oleh seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di situ.

Katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian berasingan, katanya, seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seorang abang angkatnya yang dikenali menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Noor Mushar memberitahu, kejadian berlaku pada 4 Ogos lalu selepas mangsa mengikut suspek berusia 25 tahun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke rumah lelaki itu di Sungai Besar.

Katanya, dalam perjalanan ke Sungai Besar, kedua-duanya tidak terus pulang ke rumah suspek, sebaliknya menginap di sebuah hotel di Sekinchan sebelum melakukan hubungan terkutuk itu pada waktu malam pada hari sama.

"Keesokannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Padu Permai Sungai Besar dan sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu di bilik tidur dalam rumah berkenaan," ujarnya.

Noor Mushar menambah, mangsa dihantar pulang oleh suspek di Perhentian Bas Klang pada 8 Ogos lalu.

"Ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di KLIA pada 4 Ogos lalu.

"Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kepada ibunya menerusi SMS dia mengikut rakannya dan akan pulang dengan selamat," katanya.

Bagaimanapun, katanya, setelah beberapa kali didesak ibunya selepas kehilangannya selama empat hari, akhirnya mangsa mengaku dia telah dirogol suspek dan membuat laporan polis di Pasir Mas, Kelantan.

Menurut Noor Mushar, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.