saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 29/08/2014

Pelajar tahfiz mati lemas tergelincir ke dalam sungai

ANGGOTA bomba dan penyelamat membawa mayat Muhammad Najmuddin Ibrahim ke tebing selepas ditemui kira-kira 80 meter dari tempat dia tergelincir ke dalam Sungai Santap di Kampung Temalang, Kubang Pasu, Kedah, semalam.

KUBANG PASU 28 Ogos - Seorang pelajar tahfiz sebuah sekolah agama ditemui mati lemas di Sungai Santap, Kampung Temalang, Jalan Kodiang dekat sini hari ini setelah tergelincir ketika mahu membasuh tangan di sungai tersebut.

Mayat Muhammad Najmuddin Ibrahim, 15, ditemui dalam keadaan tertiarap di dasar sungai sedalam lima meter iaitu kira-kira 80 meter dari tempat dia terjatuh oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri pada pukul 9.18 pagi.

Rakan mangsa, Muhammad Fawwaz Mohamad Fauzi, 18, memberitahu, kejadian itu berlaku kira-kira 6.45 petang semalam ketika mangsa mahu membasuh tangannya selepas selesai menjamah nasi lemak di jambatan berhampiran bersama seorang lagi rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Hafif, 17.

"Sebenarnya Muhammad Najmuddin dan Hafif kedua-duanya tergelincir ketika mereka sama-sama mahu membasuh tangan. Namun Hafif sempat diselamatkan abangnya yang kebetulan berada di situ.

"Malangnya, Muhammad Najmuddin tidak sempat diselamatkan dan hilang ke dasar sungai. Ketika itu aliran air cukup deras kerana hujan baru saja berhenti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa, Nor Azelin Mansor, 46, berkata, arwah sepatutnya menghadapi peperiksaan percubaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) hari ini.

"Dia merupakan anak kedua dari tiga beradik. Setahu saya, dia tidak pernah menyusahkan keluarga dan sikapnya juga amat baik. Takdir menentukan, dia tidak dapat mengambil peperiksaan itu hari ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Sufian Hassan berkata, operasi mencari mayat mangsa dijalankan bermula pukul 7.35 petang semalam dan ditamatkan selepas mangsa ditemui pagi ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.