saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 30/08/2014

PPS terpesong tujuan asal - KPN

SALLEH Mat Rasid (kiri) menyerahkan dokumen serah tugas kepada Ab. Razak Ab. Gani sebagai pemangku Pengarah KDNKA sambil disaksikan Khalid Abu Bakar di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, semalam . - UTUSAN/ZAKARIA IDRIS

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) yang ditubuhkan di Pulau Pinang telah terpesong daripada tujuan asal penubuhannya dan perkara itu menjadi antara sebab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mula mengambil tindakan terhadap pertubuhan itu.

Beliau berkata, seawal penubuhannya empat tahun lalu, PDRM tidak melihat sebarang masalah pada pertubuhan itu berikutan PPS dilihat seperti sebuah badan kemasyarakatan lain yang menawarkan khidmat sukarelawan kepada orang ramai di negeri itu.

Bagaimanapun, ujar beliau, sejak kebelakangan ini, pertubuhan terbabit mulai terpesong dan ahli-ahlinya dikesan berkelakuan melebihi daripada apa yang sepatutnya.

"Kebelakangan ini PPS telah terpesong daripada tujuan asalnya kerana kita mendapati ahlinya terlibat dalam aktiviti memukul orang termasuklah wartawan. Siasatan mendapati mereka turut membelasah orang yang tidak bersetuju dengan mereka.

"Apabila melakukan kawalan lalu lintas juga kita dapati PPS ini tidak mengikuti peraturan lalu lintas yang sebenar. Apa yang mereka lakukan dahulu kini tidak berlaku lagi," katanya pada majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Menurut Khalid, sekurang-kurangnya dua laporan polis telah dibuat orang ramai berhubung jenayah kekerasan yang dikaitkan dengan ahli PPS.

Diminta mengulas tentang ke­nyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencabar PDRM khususnya Khalid mengambil tindakan terhadap PPS, beliau menempelak pemimpin DAP itu dengan menyifatkan Guan Eng sebagai seorang yang terlalu 'pandai' dalam semua perkara.

"Saya tidak mahu ulas banyak kerana saya tidak pandai dan tidak ada akal sepertinya," katanya.

Tambah Khalid, PDRM akan meneruskan siasatan terhadap PPS berikutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum ini telah mengumumkan pertubuhan itu haram dan jika mereka masih lagi meneruskan aktiviti, polis tidak teragak-agak untuk membuat tangkapan.

Sementara itu, dalam majlis serah terima tugas itu, Timbalan Pengarah KDNKA, Datuk Ab. Razak Ab. Ghani telah memangku jawatan Pengarah KDNKA buat sementara setelah penyandangnya, Datuk Seri Salleh Mat Rasid bersara wajib.

Salleh ketika ditemui pemberita memberitahu, beliau berkemungkinan akan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu dalam soal keselamatan masyarakat seiring dengan 40 tahun pengalamannya dalam PDRM.

"Selepas bersara ini, saya mungkin akan berehat seketika namun saya tidak menolak untuk menyertai mana-mana NGO dan membantu dengan pengalaman yang saya ada ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.